Friday, November 29, 2013

Travel Diary : Singapore

Cerita dah basi, tapi nak update jugak. Cerita bulan 9, 2013. Trip ke The Lions City - Singapore!


Walaupun Singapore ni kat seberang je, tapi ni 1st time jejakkan kaki kat sini. Ni trip ke-5 selepas 9 bulan kawen. (Sepatutnya trip ke-6 dah, tapi trip ke-5 nak pegi Langkawi cancel sbb kes ektopik)

Macam biasa, naik AirAsia, tiket murah usben beli masa bertunang.

Disebabkan ni budget trip & exchange rate dari RM ke Singapore dollar sangat jauh bezanya (RM28.00 = $10), kami tinggal kat Hotel cikai je around Geylang town. Taknak lah mention name hotel sebab hotel budget je. 

Total RM utk Hotel utk 3 malam = +-RM500

Singapore Day 1

Changi Airport - Geylang - Arab Street - Haji Lane - Singapore Flyer

Dari LCCT ke Changi Airport cuma 1 hour. Bila sampai, kami teros ke MRT Station. Kat Singapore ni, MRT adalah public transport yang paling senang dan pantas. Untuk 4 hari 3 malam kat sini, kami beli Singapore Tourist Pass (STP). Bayar $30 untuk 3 hari. $10 tu deposit je so bile pulangkan kad tu nanti, dia akan pulangkan balance $10. STP ni mcm kad touch n' go, tapi unlimited untuk tempoh tertentu. Total STP utk 2 orang - $60.

TIPS : Amek Singapore Map kat Airport & MRT Map kat MRT Station.

Dari Changi station, kami turun di station AlJunied. The nearest MRT station nak ke hotel. Jalan kaki dalam 10min jugak nak ke hotel. Sampai hotel, check-in, rehat kejap, pastu get ready nak gi jalan2. 

By MRT : Kallang to Bugis

Dari MRT station,kami jalan terus ke Arab Street sebab nak cari makan. Singgah Zam Zam Restaurant and ordered murtabak ayam. Murtabak Zam Zam memang recommended kalau datang sini. Memang sedap.Walaupun kat KL ada restoran zam-zam, tapi tak sama macam kat Singapore punye. 



Masjid Sultan, Arab Street
Ok, perut kenyang, perjalanan di teruskan. Cuci mata & amek gambar kat Arab Street & Haji Lane sekejap. Pastu terus merayau ke Singapore Flyer, turun MRT di Promenade Station. Jauh jugak berjalan dari MRT nak ke Singapore Flyer ni, dlm 10mins. Sampai situ & amek gambar je. Tak naik pun. Kalau nak naik Singapore Flyer tu dalam $30 kot sorang. Dari sini, boleh nmpak Marina Bay Sands dari jauh. Dah abes jalan-jalan & amek gambar, terus balik hotel. Simpan tenaga untuk hari ke-2.

Haji Lane St.




Singapore Day 2

Geylang - Vivocity - Sentosa Island - Universal Studios Singapore (USS)

Kalau dah pergi Singapore mesti lah kena pergi USS. Yer tak? Tiket mahal ke murah, mesti, wajib, harus kena pegi. Kalau tak pergi mmg tak lengkap percutian ke Singapore.

Tiket kami dah beli awal, through USS Official Website. Harga $123 utk 2 person (Masa tu ada Maybank Promo). Ringgit M'sia dalam RM33+ kalau ikot exchange rate masa tu. 

Dari Geylang si paku geylang, kami naik MRT ke Vivo City Mall. Pastu tukar naik Sentosa Monorail. Sekejap je. Breakfast dulu kat Vivo City Mall tu isi perut. Lagi 1, kalau nak pergi USS ni kena pegi awal sebab confirm memang seharian kat dalam tu.


Around 10am. Lepas berpossing depan globe besar UNIVERSAL tu, jemputlah masuk ke dalam pula. 

Masa kami masuk tu, tak ramai lagi. Macam masuk bandar sebelum kedai2 bukak gitew feeling die. Macam orang2 lain, berposing lah kami seterusnya. 

Okay, kat dalam ni ada 7 Zones. So, I cerita sikit2 je la yer tak pun tengok je la gambar.

1. Hollywood
2. New York
3. Sci Fi
4. Ancient Egypt
5. Lost World
6. Far far away
7. Madagascar

Kami pergi ikot turutan sebab semuanye sebelah2. Boleh dikatakan semua benda kat dalam tu kami naik + main. Walaupun takut, ku gagahkan jua, especially 'Mummy Ride', sumpah tak nak naik lagi. Nasib baik jugak roller coaster yang besar tu tutup, tapi kalau bukak pun memang tak akan naik pun. Never!

Okaylah babe. Enjoy the picture!











End of Day 2 at Singpore. Sehari suntuk di USS.

Singapore Day 3 

Hari ke 3 dimulakan dengan Bismillah. Eceeceh. Breakfast kat mamak dulu pekena roti canai + nescafe tarik.

Seperti biasa, naik MRT dari AlJunied ke Orchard Road. Turun di station ** kemudian menapak sepanjang Orchard Road, jalan2 cuci mata saje (+ tumpang toilet).


Dari Orchard road, kami mencari Singa tepi laut - The Merlion. Kat Merlion Park. Amek gambar je pun, tanda kita pernah jumpa si singa ni. Dari sini boleh nampak Marina Bay, Promenade and etc.
  



Then, Chinatown. 1 word : heaven! Chinatown ni mcam Petaling Street kat M'sia tapi bukan jual barang2 branded yang fake. Deyorang jual barang2 yang memang sesuai utk buat souvenior. Murah giler I tell you. Contohnyer T-shirt putih yang murah tu cuma $10 utk 3 helai, keychain boleh dapat 12pcs/$2, scarf (knon2) satin 3pcs for $10 dan macam2 lagi.
Tapi most of barang kat sini biasa je. Kebanyakannya ada kat M'sia kecuali ada tulis Singapore tapi macam biasalah -'Made in China'. Tak rugi pun kalau nak beli kalau benda tu xde jual kat M'sia ataupun cheaper dari M'sia.


Dari Chinatown, kita ke Little India plak. Memula ingatkan macam kat Masjid Jamek, KL tapi hampeh. Takda ape yang menarik kat sini. So sekejap je pusing pastu pegi tempat lain plak.

bersambung...

0 comments:

Post a Comment