Monday, May 13, 2013

Hijabi is the new me



As Salam & hello,
Alhamdulillah, hajat untuk berhijab selepas kahwin telah dimakbulkan. Berkat doa keluarga dan suami tersayang serta niat di hati juga. Ececeeh. 

My 1st ever picture with hijab

So, no more short skirt, sleeveless and kuku berkaler-kaler. Rambut yang dulu asek kaler blond pun no more. Cukuplah semua tu. Perasaan bertudung ni best sebenarnya. Tak dapat nak describe perasaan tu macamane. Kenapalah sebelum ni boleh leka mendedahkan aurat padahal masa sekolah dulu sentiasa bertudung. Sekolah agama pun sampai darjah 6. Tapi tak pe lah, itu cerita lama. Cerita zaman 'jahiliah' saya. Sekarang yang pasti, saya masih mencari-cari kesempurnaan dan ingin menjadi seorang hijabi yang lebih baik dan sentiasa berdoa agar kesilapan lepas di ampun Allah. InsyaAllah. Semoga Allah berikan saya hidayah dan ketetapan hati untuk kekal begini. Lagipun, berhijab adalah kewajipan dalam Islam. 

Masa mula-mula bertudung, saya tak pasti lah pulak sebab 'datang seru' atau tak, tapi apa yang saya pasti saya sentiasa 'pasang' niat nak bertudung lagi-lagi lepas kawin. Bila dah kawin, pernah jugak terniat nak pakai bila ada anak 1 kononnya. Tapi Allah merancang semuanya, tak sempat pun nak ada anak 1, genap 4 bulan saya nikah, doctor sahkan saya mengandung di luar rahim. Masa tu pulak saya tgah bercuti di Sabah (will blog about this soon). Terpikir jugak saya, mcamana kalau saya tak sempat nak ada anak tapi tuhan dah ambil nyawa saya? Memang meninggal sambil free hair lah nanti. Macamtu jugak dengan perkataan 'datang seru'. Macamana kalau tuhan ambil nyawa kita sebelum seru tu datang? Macamane pulak kalau seru tu tak datang2? 

Till then, as salam.

0 comments:

Post a Comment