Sunday, November 17, 2013

Travel Diary : Kota Kinabalu & Ectopic Pregnancy [Part 2]

Sambungan cerita bercuti kat Sabah. Part 2 pulak.

Sampai K.K, ktorang tros check-in. Hotel Eden 65 kalau tak salah. Hotel biasa je tapi cantik dan selesa. Rehat2 dulu sebelum sambung nak jalan2 kat K.K. Masa tu plan petang nak tengok sunset kat Tanjung Aru, so plan nak gerak ke sana dalam pukul 6pm. 




So, around 6pm dah ada kat Tanjung Aru. Tepi pantai. Cantik tempatnye. Ada banyak kedai makan jugak kat situ. Sunset kat situ cantik sangat. Dah lepas tgk sunset, ktorng makan seafood kat foodcourt area situ. 


Lepas makan, ktorng decided nak terus pergi klinik sebab sakit dah tahap kronik teruk. 

SAKIT TAHAP KRONIK TERUK??

Sebenarnya.... sehari sebelum pergi KK, perut ni dah rasa sakit yang teramat sangat. Tapi sebab nak berjalan, tak layankan sangat sakit ni. Masa otw pergi Kundasang dan sepanjang perjalanan pergi dan balik tu pun perut memang sakit teramat sangat. Tapi I ni pulak jenis malas nak ngada2 sikit2 cakap sakit so sepanjang masa kuatkan badan je la. Sepanjang tengah sakit tu jugak memang tengah period kali ke-2 dalam masa sebulan. 

Selasa, 22 Apr 2013 - City Medical Clinic

So, ktorng pergi klinik around KK town. Dah citer kat doctor pasal sakit perut ni. Doc siap ketuk2 perut sambil ckap perut keras then dia suruh ambil urine utk UPT. Masa nurse amek urine tu, I siap bagitau kat dia "I period tau". Dia buat muka pelik sambil tanya "Dah bagitau doctor?". I menganguk je.

Masuk bilik doctor. Tunggu dengan hati tak tenteram. Usben ada kat sebelah. Nurse masuk sambil bawak urine test result. Doctor terus bagitau "U pregnant la.." Ha? Pregnant? 1001 benda tiba2 dalam kepala. Tengok muka usben kejap sambil senyum, happy sebenarnya. TAPI.... "kalau I pregnant kenapa perut I sakit sangat2?" "Pastu kenapa I period?"

Doctor tu diam pastu dia cakap "I suspect U mengandung luar rahim or ectopic pregnancy". Soalan bodoh pun keluar "mengandung luar rahim tu apa? boleh ke masuk kan dia kat rahim?". Doctor tu explain skit2 and terus bagitau yang kalau dah mengandung luar rahim memang kene operate terus. Kami ni dah la dalam mood bercuti tetiba kena mcam ni. Tuhan je la yang tahu perasaan kami masa tu. Then doctor tu suh relax dulu sebab dia tak boleh nak confirmkan dulu. Dia bagi bekas utk ambik 1st urine esok paginyer then buat UPT lagi. Kalau negatif xpe..kalau positif, kena buat ultrasound utk confirmkan then terus kene operate.

Balik hotel terus xde mood. Call mak kat kampung bagitau keadaan masa tu sambil menangis. Maunyer x menangis. Kalau kena kat semenanjung xpe jugak, ni jauh kat Sabah nun. Ktorng ber2 je pulak tu, xde sedara mara kat situ.

The next day, pagi2 dah ambil urine. Hati memang dah x sedap. Siap2 pastu terus keluar. Sebelum pergi klinik, isi perut dulu. Order nasi lemak. Btw, orang Sabah memang makan apa2 dengan sup ea? Sebab masa order nasi lemak tu die siap bagi sup kosong. 

Pegi klinik. Check urine. Positif pregnant. Full stop. Doctor dah buat appoinment kat Klinik lain utk buat ultrasound kol 11am. Masa tu baru kol 8-9 am. So ada byk masa lagi. Walaupun hati x tenteram, smpat lagi merayau kat KK town. Pegi amek gambar kat depan Menara Tun Mustapha.



Rabu, 23 Apr 2013 - Rafflesia Medical Diagnostic Centre Sdn Bhd.

Before kol 11 ktorng dah terus pegi kat Rafflesia Medical Diagnostic Centre Sdn Bhd. Buat ultrasound and doctor confirmkan betul memang mengandung luar rahim. Ada banyak liquid and tiub fillapio belah kanan dah pecah. Tuhan je yang tahu perasaan kami masa tu. Blank terus. Tak tau nak buat apa lepas tu. Doctor advise tros pegi hospital untuk operation sebab benda ni high risk. Kalau x buat immediately boleh pengsan and meninggal terus. Takut sangat :(

Hospital Likas, Kota Kinabalu

As per doctor punya advise, kami ke Hospital Likas. Terus ke Wad Emergency. Tunjuk surat and masuk bilik untuk further checking. Dia amek urine and buat ultrasound lagi. Masa lepas amek urine tu, sempat lagi nurse tu cakap.. "Tahniah yer puan, Puan mengandung" sambil tersenyum. I dah x pikir apa dah masa tu, terus menangis sebab apa yang dia ckap tu dah xde makna dah. Nurse tu plak mcm pelik, kwn dia kat sebelah tros explain yang I ni kena ectopic. Pastu dia cepat2 mintak maaf. Xpelah dik, nak buat camane. 

Dah dekat stengah jam pastu, ada doctor dtg, tgk report and bagitau yang dia akan buat operation terus. Then I request panggil usben I kat luar, kesian dia..mesti dah blank sangat dah masa tu. Bila nmpak usben masuk je, automatik tros menangis teruk. Sedihnyer masa tu. Dah la kat tmpat orang. Takde tempat nak mengadu masa tu. Yang ada pun semua jauh kat semenanjung. Then usben tenang kan and kata dont worry about him, yang penting I akan ok lepas operate nanti. In sya Allah. Die pesan baca doa banyak2 masa nak masuk operation room tu.




Nak di pendekkan cerita, 2 jam dalam operation room. Tiub fillapio belah kanan kena buang. Alhamdulillah, operation lancar je. Then kena warded 2 malam. Masa kene warded tu paling tak best. Masa usben datang la perasaan paling sayu sebab usben datang sekejap pastu kena balik sebab visiting hour kejap jek. Masa kena operation tu hari selasa, and tiket flight balik KL patutnye ari rabu, and of courselah doc tak bagi balik KL tros masa tu, kena stay at least sminggu kat KK. 

Usben bagitau, dia tumpang rumah uncle abang dia punya kawan. Nasib baik ada jugak orang yang sudi nak bagi tempat berteduh masa tu. Lepas 2 hari kat wad, doctor bagi discharge. Dapat cuti 28 hari. Usben uruskan untuk discharge, pegi amek ubat & bayar bil. Percaya tak, bil operation & kena warded 2 hari tu x sampai RM100 pun. Sebab kat hospital kerajaan, kalau private hospital maunyer kene 10k agaknye. 

Uncle Ten (uncle yg bagi tumpang rumah) jemput ktorng kat hospital. Friendly orangnye. Masa tu rasa lega sikit sebab dah keluar hospital. Sampai kat rumah dia, jumpa plak wife Uncle Ten, Auntie Ebone. Cantik. Rasa bersyukur sangat2 masa tu sebab Allah temukan ktorng dengan Uncle Ten & Auntie Ebone. Dieorang baik sangat. Dah la baru kenal tapi sudi bagi ktorang tempat tggal. 2 malam ktorang tumpang rumah Uncle Ten & Auntie Ebone. Layanan yang die orang bagi memang 1st class. Auntie Ebone pandai buat kuih, cake, pavlova and etc. Siap jual lagi. 

Hari Khamis tu jugak usben beli tiket flight baru. Terus beli untuk ari Sabtu. This time usben beli tiket MAS sebab AirAsia masa tu mahal melampau. Alhamdulillah, tiket dah beli so tinggal hari nak balik je. Segan sebenarnya tumpang rumah orang lama2. Lagipun rasa tak sabar nak balik Semenanjung. 

Hari sabtu, seperti yang dirancang, Uncle Ten hantar ktaorng kat airport. Sebelum tu sempat sggah beli kuih cincin. Masa kat airport tu, usben ckap terima kasih sangat2 kat Uncle Ten. Kalau xde Uncle Ten xtau la apa nak jadi dgn ktaorng masa tu. Allah duga kami dengan 1 benda yang tak di jangka tapi Allah temukan kami dengan kenalan baru yang akan kami ingat smpai bila2, In sya Allah.

End of Sabah trip.


1 comments:

  1. pengalaman yg xkan dpt dilupakan kan???

    ReplyDelete