Sunday, November 17, 2013

Travel Diary : Kundasang & Kota Kinabalu [Part 1]

Rasanya, dalam banyak2 pergi bercuti, masa pegi Sabah la percutian & pengalaman yang tak boleh nak lupa sampai bila-bila. Jarang rasanya orang pergi bercuti sambil kena masuk hospital secara tak sengaja, kan? Ni cerita bulan April 2013. Ala-ala throwback la.

Plan nak pegi Sabah memang dah lama dirancang. Dari masa tunang lagi. Masa tu usben beli tiket murah AirAsia, so memang lepas kawin la baru pegi. Ini percutiaan ke-4 kami lepas 4 bulan kahwin selepas Cameron Higlands, Bali & Penang. 

Sabah Trip Day 1



Itinerary nak pegi Sabah dah perfect. 4 hari 3 malam. 1 malam kat Kundasang & 2 malam lagi kat KK. Ktorg smpai Kota Kinabalu dalam tghari ari ahad (21 Apr 13), kereta sewa dah tunggu kat airport -dah siap booking awal2. Dapat Myvi, ktorng tros shot ke Kundasang. Dalam 2 jam jauhnyer. Perjalanan masa tu memang mencabar tak hingat sebab hujan lebat giler. Jalan plak kabur & mcm ular-bengkang bengkok. Kalau apa-apa jadi masa tu, memang berserah je la. Eh lupe plak kite, masa otw nak ke Kundasang tu ktorng singgah Rumah Terbalik & Jambatan Tamparuli. Kena ikot itinerary katakan. 


Rumah Terbalik (Upside Down House) - Tamparuli, Sabah.
Harga tiket - RM10/per person
Ingatkan ada banyak rumah, rupenyer sebuah jek. Dari laman rumah, kereta sume terbalik, dah masuk rumah, memang semua terbalik jugak. Ok la, kagum jugak sikit. Seperti biasa, beli fridge magnet sebagai hiasan di peti ais.


 



Jambatan Tamparuli - foc
Jambatan ni tergantung. Tinggi jugak. Kalau gayat mesti tak berani nak naik atas jambatan tu. Ktorang pegi sebab nak tgk sendiri jambatan tergantung tu sambil ambik2 gambar. Jambatan ni terletak kat small town Tamparuli, kat area jambatan ni ada pasar tapi nampak macam kotor sikit & banyak anjing. 




Perjalanan diteruskan. Lepas lebih kurang 2 jam bertarung dengan hujan lebat, akhirnya kami sampai di pekan Kundasang. Kami menginap di Kinabalu Pines Resort. Menarik chalet kami ni sebab macam rumah papan gitew tapi a bit horror sebab sebelah dgn hutan2 skit. Masa baru check-in tu tak nampak apa-apa sangat sebab gelap & hujan lagi. Well, Sabah kan cepat sejam dari semenanjung, so 6pm dah macam 7pm. Maghrib pun around 6pm kalau tak salah. Malam tu kami dinner KFC je kat pekan. Keadaan cuaca? Masih hujan renyai2 and sejuk teramat sangat.

Sabah Trip Day 2

Selamat Pagi! Pagi-pagi usben dah kejut suruh tengok luar tingkap. OMG! Gunung Kinabalu depan mata. Indahnya ciptaan mu Ya Allah. Tak berenti2 amek gambar sebab teruja nampak Gunung Kinabalu depan mata. Dah puas amek gambar kat area chalet, terus pegi breakfast, then check-out.







Kinabalu Park, Kundasang
Harga tiket - RM3/per person

Lepas check-out, ktorng troskan perjalanan pegi Kinabalu Park.  Kat sini boleh tengok Gunung Kinabalu lagi dekat. Ramai jugak orang yang nak naik gunung dari sini.




Kundasang War Memorial, Kundasang
Harga tiket - RM2/per person

Tempat ni memang A must-visit place in Kundasang. Kalau tak singgah rugi sebab nanti tak tau pasal history kat sini. Lagipun tempat ni cantik. Ada bendera2 Australia & British dan ada Australian Garden, the English Garden, the Borneo Garden and the Contemplation Garden and Pool. Baca history skit2 and amek gambar pastu chow.







Desa Dairy Farm, Mesilau Highland, Kundasang
Harga tiket - RM2/per person

Kalau pergi Kundasang tapi tak singgah sini memang rugi sebab kat sini kite boleh feeling2 kat New Zealand gitew sambil tengok lembu2 and kambing comel. Seriously, kambing2 kat sini memang comel and mcam pandai pose kalau kita nak amek gambar die. Kalau nak bagi deyorng makan kena bayar RM1 untuk beli rumput -ada jual kat kandang tu. Tak rugi pun bayar singgit tu sebab kite akan rasa puas tengok kambing & lembu tu makan dari tangan kite.
Lepas tgk lembu & kambing comel kat kandang, singgah kedai die utk beli susu & fridge magnet lagi utk hiasan peti ais.






Poring Hot Springs, Ranau
Harga tiket - RM3/per person


Masa memula nak pegi sini mcam ada rasa menyesal sikit sebab jauh jugak dari pekan Kundasang tu. Tapi sebab dah plan nak pegi so teruskan je la. Masuk sini patutnya boleh guna tiket masa nak masuk Kinabalu Park tu tapi sebab ktorng tak tau, so dah rugi RM6 untuk tiket. 
Kat sini ada banyak kolam air panas. Kolam ala-ala swimiming pool pun ada. Kalau nak mandi boleh, nak rendam kaki je pun boleh. Ktorang rendam kaki je la pun sebab takde plan nak mandi pun. 

Habis cerita kat Kundasang, perjalanan di teruskan. Balik K.K. 2 jam lagi perjalanan. But our day 2 belum habis lagi..to be continue...




Next : Tanjung Aru, Kota Kinabalu & Emergency check-up.

1 comments:

  1. Baca entri ni buat rasa rindu sangat dekat Sabah!
    tapi rugi ye tak pergi rumah terbalik tu. sobs

    pasal zinc tu. orang belum mengandung atau kahwin.

    ReplyDelete