Thursday, December 26, 2013

Cara Nak Langsaikan Hutang PTPTN Melalui EPF/ KWSP

For those yang nak settlekan semua balance hutang PTPTN tapi tapi tak mampu nak bayar dengan cash, korang bolehlah gunakan duit EPF/ KWSP account 2. Tapi itu pun kalau korang takde plan nak guna duit tu untuk beli rumahla. Sebab kalau korang ada plan nak beli rumah, baik korang simpan untuk bayar 10% duit rumah. Untuk aku buat masa ni, duit EPF/KWSP xde guna untuk rumah sebab guna duit EPF/KWSP usben punye je. So boleh la settlekan hutang PTPTN tu.

Hutang PTPTN aku tak banyak mana pun, tak sampai pun 10K, tapi memang liat sangat nak bayar. Biasalah, hutang kan, semua orang suka buat-buat lupa.
Sebelum korang nak keluarkan duit EPF tu, korang kena dapatkan dulu Surat Pengesahan dari PTPTN. Korang boleh request surat tu through the phone or email. Macam aku, aku email terus kat pegawai yang jaga account aku, nanti dia akan mintak alamat surat menyurat untuk hantar Surat Pengesahan tu.Dalam masa 7 hari, dapatlah Surat Pengesahan PTPTN tu. Kat situ ada tulis berapa balance hutang kita dengan PTPTN.

Bila dah dapat Surat Pengesahan, boleh la siap2 kan dokumen lain pulak :
  1. Salinan Asal Dokumen Perjanjian. Kalau tak ada, kene request dari PTPTN & kena bayar RM90. Nasib baik aku ada simpan agreement ni, so x yah bayar RM90.
  2. Salinan Surat Pengesahan PTPTN yang kita mintak tadi
  3. Salinan IC depan & belakang
  4. Salinan Diploma/ Degree 
  5. Full Transkrip - kalau tak ada pun xpe kot, aku xde transkrip masa tu, deyorng terima je. Tapi kalau ada, bawak je la
Bila documents semua dah siap, boleh la pergi terus pejabat KWSP yang terdekat. Isi borang apa yang patut, amek nombor & tunggu giliran. Make sure masa datang tu bawak semua dokumen original. Masa nak submit tu nanti, dia akan tanya nak bayar direct ke PTPTN atau kita nak hantar sendiri? Seeloknyer, suruh deyorng bagi direct kat PTPTN sebab kalau tak nanti, takut duit melencong ke tempat lain pulak. Owh yer, korang boleh keluarkan semua duit yang ada, atau ikot berapa amount yang korang nak keluar. Tapi kena ikot hutanglah, kalau hutang 8k je, takkan nak keluarkan 10k. Tak boleh begitu yer adikmanis.

Masa aku keluarkan aritu, aku keluarkan amount total hutang semua, dalam 9k, bayar terus ke PTPTN (dlm masa 7 hari je), pastu dpt discount 20% dari PTPTN sebab bayar habis before 30 Sept 2013. So dapat la balance 1k lebih (duit discount), balance tu jadi milik sendiri, boleh beli kasut tambah koleksi. Hehehe.

Bila dah bayar kat PTPTN, korang kena rajin follow up dengan deyorng ni sebab kalau tak follow up, silap2 smapai 3-4 bulan tak settle2. Bila dah settle, dia akan hantar Surat Pelepasan Hutang. Masa tu lah baru korang tarik nafas lega.

Lepas tu boleh lah upload gambar surat tu kat Instagram, macam aku buat. Hehehe.



Monday, December 23, 2013

Lunch Anniversary at Atmosphere 360, KL Tower

Semalam (22nd December) dah genap setahun kawen. Semalam date nikah, arini date sanding. Sesetengah org amek date sanding jadi date anniversary, tapi aku mestilah amek date nikah. Date sah jadi isteri kepada Hairul Nizam. 

Semalam jugak usben bawak pegi lunch untuk celebrate anniversary kitaorg. Lunch kat restoran paling tinggi kat Malaysia - Atmosphere 360, KL Tower. Sepanjang dah dekat 10 tahun duk KL, ni lah 1st time naik Menara KL.  



Thank you to my lovely husband for the unexpected lunch treat. Merasa jugak makan kat restoran tinggi2. Siap berputar lagi. 


Masa tengah makan, tiba-tiba waiter hantar anniversary cake. Aawww.. sweet sangat usben kite ni. Thank you sayang. 





Untuk buffet lunch ni, makanan sedap-sedap belaka, mostly Malaysian food such as rendang tok, nasi tomato, mihun goreng, sup & mcm2 lagi. 

Bergambar berlatar belakangkan angkasa raya.

Bile dah kenyang, turun 1 tingkat untuk ke Observation Deck - Kuala Lumpur Skyline View @ 276m. Kat sini boleh tengok satu KL dari atas. 






Gambar KL feeling-feeling New York gitew.

"To my lovely husband, thank for being the most fantastic man in my life. No words can describe how much I love you, untung sangat dapat husband macam you, dah la comel, handsome pulak tu. Next year nak naik London Eye plak eh? Hehe. Happy Anniversary yayang (I tau, u mesti baca ni)"

Okay, till then. Ciow.




Sunday, December 15, 2013

Big bad wolf!

Finally sampai jugak walaupun terpaksa meredah hujan lebat + jammed teruk nak ke MIECC utk BigBadWolf (BBW). Biasalah, sehari before last day baru menyempat nak pergi. Total ringgit M'sia yg habis - RM70 utk semua buku yg dibeli. Murah sangat okay.

I bought english novel + recipe book + fashion book + pregnancy guide book

..and usben plak beli novel ala-ala survival katenyer + zombie + buku psal bola. Yawwwnnn....

Books price from RM5 to RM15

Walaupun tak tahu bile nak baca semua tu tapi okaylah tu utk hiasan sbb cover cantik. Eh. Haha.

Monday, December 2, 2013

Weekend Getaway : Port Dickson, Negeri Sembilan

..atau Avillion PD dengan secara tepatnya. Water chalet yang mengancam. Sangat sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin atau yang romantika sentiasa. PD ni dekat,so short honeymoon je. Sejam perjalanan dari KL dah sampai. 

Bilik besar menghadap laut (dan atas laut), bathroom cantik. Siap ada open shower & bathtub. Dari bathroom boleh tengok air laut kat bawah so malam2 tido boleh siap dengar bunyik ombak. 

Harga untuk semalam ialah dari RM500+ to RM600. Walaupun mahal tapi berbaloi. Kami dapat harga RM550+ semalam, breakfast NOT included yer.






Yang kat tengah laut tu Avi Spa. Tak masuk pun, amek gambar dari jauh je.

Gambar bilik penuh ni dari official website


Kawasan Avillion ni besar dan ada mcam2 jenis bilik. Ada private beach jugak kalau nak mandi kat pantai. Nak buat beach wedding kat sini pun boleh. 

Swimming pool pulak ada 3 jenis, pool yang utk adult bukak 24 hours. Tapi kami tak heran dgn swimming pool sangat sebab kat umah pun ada. Mandi laut lagi best. Kat KL mana ada laut, betul x?


Then, the next day around 10 am, bolehlah bagi arnab, burung merpati & ayam katik makan. Orang Avillion dah sediakan makanan so kita tolong suapkan je. Burung merak pun merayau2 je kat sini.




So, kalau rasa nak lari dari kesibukkan kota, boleh lah datang sini. Memang sesuai untuk berehat2 dan tenangkan fikiran. Recommended sangat.

Otw nak balik KL kami sempat kat Muzium Tentera. Tepi jalan je. Masuk percuma. Kalau korang ni anak askar, mesti rasa bangga & teruja datang sini - aku le tu. Heh. Muzium ni besar, ada macam2 benda, macam2 cerita. Dari kereta kebal smpai la bilik bawah tanah. Ada jugak history tentang perang dunia & info2 perang lain.  Rugi kalau datang PD tapi tak singgah sini. 








Eh. Lupe pulak, kiteorng pegi PD ni bulan Oct aritu. 2 hari 1 malam je cukup. Hehe.