Thursday, December 26, 2013

Cara Nak Langsaikan Hutang PTPTN Melalui EPF/ KWSP

For those yang nak settlekan semua balance hutang PTPTN tapi tapi tak mampu nak bayar dengan cash, korang bolehlah gunakan duit EPF/ KWSP account 2. Tapi itu pun kalau korang takde plan nak guna duit tu untuk beli rumahla. Sebab kalau korang ada plan nak beli rumah, baik korang simpan untuk bayar 10% duit rumah. Untuk aku buat masa ni, duit EPF/KWSP xde guna untuk rumah sebab guna duit EPF/KWSP usben punye je. So boleh la settlekan hutang PTPTN tu.

Hutang PTPTN aku tak banyak mana pun, tak sampai pun 10K, tapi memang liat sangat nak bayar. Biasalah, hutang kan, semua orang suka buat-buat lupa.
Sebelum korang nak keluarkan duit EPF tu, korang kena dapatkan dulu Surat Pengesahan dari PTPTN. Korang boleh request surat tu through the phone or email. Macam aku, aku email terus kat pegawai yang jaga account aku, nanti dia akan mintak alamat surat menyurat untuk hantar Surat Pengesahan tu.Dalam masa 7 hari, dapatlah Surat Pengesahan PTPTN tu. Kat situ ada tulis berapa balance hutang kita dengan PTPTN.

Bila dah dapat Surat Pengesahan, boleh la siap2 kan dokumen lain pulak :
  1. Salinan Asal Dokumen Perjanjian. Kalau tak ada, kene request dari PTPTN & kena bayar RM90. Nasib baik aku ada simpan agreement ni, so x yah bayar RM90.
  2. Salinan Surat Pengesahan PTPTN yang kita mintak tadi
  3. Salinan IC depan & belakang
  4. Salinan Diploma/ Degree 
  5. Full Transkrip - kalau tak ada pun xpe kot, aku xde transkrip masa tu, deyorng terima je. Tapi kalau ada, bawak je la
Bila documents semua dah siap, boleh la pergi terus pejabat KWSP yang terdekat. Isi borang apa yang patut, amek nombor & tunggu giliran. Make sure masa datang tu bawak semua dokumen original. Masa nak submit tu nanti, dia akan tanya nak bayar direct ke PTPTN atau kita nak hantar sendiri? Seeloknyer, suruh deyorng bagi direct kat PTPTN sebab kalau tak nanti, takut duit melencong ke tempat lain pulak. Owh yer, korang boleh keluarkan semua duit yang ada, atau ikot berapa amount yang korang nak keluar. Tapi kena ikot hutanglah, kalau hutang 8k je, takkan nak keluarkan 10k. Tak boleh begitu yer adikmanis.

Masa aku keluarkan aritu, aku keluarkan amount total hutang semua, dalam 9k, bayar terus ke PTPTN (dlm masa 7 hari je), pastu dpt discount 20% dari PTPTN sebab bayar habis before 30 Sept 2013. So dapat la balance 1k lebih (duit discount), balance tu jadi milik sendiri, boleh beli kasut tambah koleksi. Hehehe.

Bila dah bayar kat PTPTN, korang kena rajin follow up dengan deyorng ni sebab kalau tak follow up, silap2 smapai 3-4 bulan tak settle2. Bila dah settle, dia akan hantar Surat Pelepasan Hutang. Masa tu lah baru korang tarik nafas lega.

Lepas tu boleh lah upload gambar surat tu kat Instagram, macam aku buat. Hehehe.



0 comments:

Post a Comment