Monday, December 2, 2013

Weekend Getaway : Port Dickson, Negeri Sembilan

..atau Avillion PD dengan secara tepatnya. Water chalet yang mengancam. Sangat sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin atau yang romantika sentiasa. PD ni dekat,so short honeymoon je. Sejam perjalanan dari KL dah sampai. 

Bilik besar menghadap laut (dan atas laut), bathroom cantik. Siap ada open shower & bathtub. Dari bathroom boleh tengok air laut kat bawah so malam2 tido boleh siap dengar bunyik ombak. 

Harga untuk semalam ialah dari RM500+ to RM600. Walaupun mahal tapi berbaloi. Kami dapat harga RM550+ semalam, breakfast NOT included yer.






Yang kat tengah laut tu Avi Spa. Tak masuk pun, amek gambar dari jauh je.

Gambar bilik penuh ni dari official website


Kawasan Avillion ni besar dan ada mcam2 jenis bilik. Ada private beach jugak kalau nak mandi kat pantai. Nak buat beach wedding kat sini pun boleh. 

Swimming pool pulak ada 3 jenis, pool yang utk adult bukak 24 hours. Tapi kami tak heran dgn swimming pool sangat sebab kat umah pun ada. Mandi laut lagi best. Kat KL mana ada laut, betul x?


Then, the next day around 10 am, bolehlah bagi arnab, burung merpati & ayam katik makan. Orang Avillion dah sediakan makanan so kita tolong suapkan je. Burung merak pun merayau2 je kat sini.




So, kalau rasa nak lari dari kesibukkan kota, boleh lah datang sini. Memang sesuai untuk berehat2 dan tenangkan fikiran. Recommended sangat.

Otw nak balik KL kami sempat kat Muzium Tentera. Tepi jalan je. Masuk percuma. Kalau korang ni anak askar, mesti rasa bangga & teruja datang sini - aku le tu. Heh. Muzium ni besar, ada macam2 benda, macam2 cerita. Dari kereta kebal smpai la bilik bawah tanah. Ada jugak history tentang perang dunia & info2 perang lain.  Rugi kalau datang PD tapi tak singgah sini. 








Eh. Lupe pulak, kiteorng pegi PD ni bulan Oct aritu. 2 hari 1 malam je cukup. Hehe.

0 comments:

Post a Comment