Monday, November 17, 2014

Krabi! I'm in Love!

Gonna update my Krabi story very very soon! Stay tune!

Recipe: Nutella French Toast a.k.a Roti Telur Nutella

Salam sejahtera puan-puan. Kita bertemu lagi dengan resepi baru "dari Dapur Cik Lin". Kali ni saya akan sharekan resepi ringkas, mudah dan senang untuk sarapan pagi.

Baiklah, biarlah gambar berbicara mengikut nombor seperti dibawah ; 


1. Bahan-bahan yang diperlukan :
4 keping roti, 1 biji telur, Nutella, suku atau setengah cawan fresh milk, secubit garam dan secubit cinnamon. Mix kan semua bahan kecuali roti dan Nutella. Sapukan nutella di sebelah bahagian setiap roti dan cantumkan 2 keping roti. So, ada 2 set roti yang di cantumkan 2. Celupkan roti dengan bahan yang dah di mixed tadi.

2. Panaskan non-stick pan dengan butter. 

3. Roti yang dicelup tadi diletakkan atas non-stick pan. 

4. Goreng sehingga kekuningan atau agak2 dah garing. Jangan lupa tambahkan butter jika perlu.

Bile dah siap, bolehlah dihidangkan dengan nescafe tarik atau teh O. Kalau nak manis, boleh tambahkan sedikit honey atau hirisan pisang. Nyums.


Kalau gambar di atas tak menarik minat puan2 untuk mencuba resepi saya, sila lihat gambar ihsan dari google seperti di bawah :




Sekian dari "dapur Cik Lin". Sehingga kita bertemu lagi di lain resepi. 





Monday, October 27, 2014

WWE Live in Kuala Lumpur

I know it's outdated to blog about this, but who cares? I was there! Yes! John Cena was in front of my face!! Tak la betul2 depan mata ekceli, haha. Yang penting I was  there! Woohhooo..!!
  
Well, I was teman'ing my husband. Kesian dia nanti tak da kawan nak pegi sana. Hewhewhew. Actually, aku yang beria nak ikot walaupun I'm not so into it. WWE? Pppffftt..... It was in my birthday month, so It was part of my birthday gift. Gitew. But as I said, I'm not so into it. Layan kan je la..

We went on the 2nd day of the event, 11 Oct 2014 - Saturday. By 5.30 pm, weolls dah terpacak kat Stadium Putra Bukit Jalil, menunggu pintu gate buka. Ramai jugak yang datang pakai baju John Cena. Tak kira umur, tak kira bangsa. And most of the t-shirt yang jual masa tu plak kebanyakannya John Cena. The rest of the wrestler tak da sangat. Yang ada pun just Big Show je kot. Tapi tak tau la kalau aku yang tak perasan. Kalau kat Official Merchandise tu ada jual la kot. But I'm looking for tshirt RM25 je, not RM70-80 tshirt. Hahha. Menjeling jugak kalau ada tshirt Paige, tapi hampeh.

The shows started at 7.00 pm. Time Maghrib. Aku memang niat Qada' je kat umah, but my beloved husband, Alhamdulillah, time tu jugak dia sembahyang (Thats why I love him mucho ;'). And he missed the opening masa John Cena masuk. Sepatutnya John Cena keluar masa Main Event, means last sekali tapi sebab dia nak balik cepat, so die keluar mula2 sekali lawan The Wyatt Family. 



Sepanjang event tu, semuorang tak berenti chant "Let's Go Cena!" "Cena Sucks!" "Lets Go Wyatt!" termasuklah aku terpekik terlolong sekali. Mesti lah aku sokong Cena (sebab dia je yang femes & aku kenal. lol). Masa orang chant tu baru aku perasan yang selama ni bukan usben aku je layan WWE RAW setiap ari selasa sebab orang lain kat situ semua kenal sape yang ada kat dalam Ring tu tengah berlawan, kecuali aku. Eh, aku kenal tapi yang femes je such as The Big Show, The Wyatt Family, The Miz, Paige, AJ Lee and etc.

Tapi sayang, amek gambar semua tak clear sebab weolls duduk tiket RM198 je. Tengok depan mata jugak yang clear. So, tak nampak la John Cena secara clear dalam gambar aku ni.

The Main Event : Sheamus vs Mr. Money in the Bank - Seth Rollins and the shows finished at 10.00p.m. 

Wednesday, October 1, 2014

Keep Calm & Welcome October

Hello October! Hello 3rd Quarter of the year! Hello my birthday! Hello...! Hello...! Hello...!
Well, October been always my favorite month of the year. The fabulous month eva! Sebab birthday iolls la. Hehehe. 

Bulan ni, bulan agak busy. Bukan sebab celebrate besday hari-hari tapi sebab banyak program. Bulan lain pun ada banyak je program tapi bulan ni special sikit...githew...


1. Raya Haji - 5th October

Raya haji tahun ni turn balik kampung kat Tangkak sebab last year raya haji kat sini (KL) je. Raya haji jatuh hari Ahad, so senin cuti. Lagipun since Raya Aidilfitri aritu tak balik Tangkak. Nanti lama2 tak balik mak ayah kata lupa daratan plak. Hehehee.




2. My Birthday - 8th October

Finally, hampir 10 bulan menunggu dari awal tahun aritu, sampai jugak bulan yang ditunggu. Tahun ni tahun terakhir aku di era umur 20an. Next year dah masuk 3-series. Semoga aku (dan suami) dikurniakan zuriat sebelum umur aku masuk 3-series. InsyaAllah.




3. WWE LIVE in KL - 11th October

Aku teman husband je nak tgk WWE ni nanti sebab aku bukan layan WWE pun. Tapi macam tak sabar lak nak jumpa John Cena!!! 



4. The Walking Dead Season 5 - 12th October

Aku addicted tengok series ni sebab usben aku jugak. Season 4 aritu abis bulan March, nak menunggu Season 5 punyalah terseksa. In between aku layan series lain - The Mistresses (Season 2). 




5. Honeymoon Part 10 - 20th to 23rd October

Dah masuk part 10 dah honeymoon aku. Selagi tak dapat baby, selagi tu aku panggil honeymoon. Kali ni ke Pulau lagi. Luar dari Malaysia tapi tak jauh pun. Tak zabarnye!





So, ni 'jadual' October aku. How about yours?

Sunday, June 8, 2014

Recipe : Sambal Belacan Simple

Warning. Ni first time aku buat sambal belacan sepanjang hidup aku. Segala ingridients aku cilok kat Google & blog orang lain. And to be honest, hasilnya 'bolehlah' je. Tak leh lawan sambal belacan mak2 kite.

Bahan-bahan:
10 biji cili api
2 biji cili merah
Secubit garam & gula
1 inch belacan
2 biji perahan limau sambal
dan.....lesung batu.

Cara-cara :
1. Buang cili padi & merah dari tangkai. 
2. Gorengkan belacan yang dihancurkan dengan cili api & cili merah tanpan minyak sehingga naik bau

3. Tumbuk bahan yang digoreng tadi

4. Perahkan limau anda voila.....
5. Siap. Hidangkan dengan ulam.


Tuesday, May 27, 2014

1096 Days of Loves and I'm ready!

Alhamdulillah. 

1096 hari dah aku bercinta dengan si usben & umur perkahwinan kami pun dah masuk 521 hari or 1 year 5 months & 5 days. Bersempena dengan anniversary ke-3 tahun bercinta ni, aku dah tetapkan yang aku dah bersedia nak ber TTC. So aku launch blog lagi 1 untuk aku 'tulis diary TTC' aku & share tips yang aku dapat through the net on how to get pregnant.



Baby George. So cute!
TTC atau nama penuhnya Trying to Conceive atau nama lain bersungguh nak dapatkan baby comel. Sebelum ni bukan aku tak bersedia, tapi aku lebih mengharapkan yang aku akan dapat baby secara neutral. Cemburu tengok orang lain dah preggy dulu dari aku, padahal aku yang kawin dulu. 

SO, sekarang ni aku akan secara serious akan ikot pantang larang, Do & Dont's dalam TTC dan berusaha untuk get preggy secepat mungkin. InsyaAllah. Tapi sebenarnya, aku tak tau nak mula dari mana. 

Untuk 3 bulan pertama ni, aku cuma akan makan Asid Folic (4mg) 2x sehari & minum ESP Shaklee untuk lebih protein. Gitew. Ok lah kan untuk peringkat awal. 

For another 3 months pulak, nanti aku research kat blog orang dulu apa aku nak buat lepas tu. 

Doa Dalam Al-Quran - Surah 'Ali `Imran: Ayat 38

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan."




Amin.

1096 Days of Loves

27-05-2014

♫ Christina Perri - A Thousand Years 

Today I have loved you for 3 years, 156 weeks, 1,096 days, 26,280 hours, and 1,576,819 hours. Approximately.
(& we have been married for 1 year 5 months & 5 days...)


Dear Husband,
I love you today, tomorrow and a thousand years more...

with love,
Mrs. Always Right


Wednesday, May 14, 2014

Travel Diary : Pulau Tioman, Pahang

Road trip to Mersing, Johor
Kalau nak ke Tioman, salah satu cara ialah naik Ferry kat Mersing, selain di Tanjung Gemok, Pahang (30min dari Mersing). Tiket feri, usben dah beli awal secara online tapi pukul 6.30 am, Sabtu. Nak tak nak, kami kena sampai kat Jeti Mersing at 5.00am. So, dari KL gerak kol 11pm (Jumaat). Target sampai sana pukul 4am. Tepat pukul 2am, keluar Tol Ayer Hitam, terus headed to Mersing melalui Kluang. Lepas dari Kluang nak ke Mersing tu kena ikot jalan lama. Mak Ayah dah pesan "elok-elok ikot jalan tu...jalan tu menakutkan..".

Memang betul uols. Scareeehhhhh. Dah la awal pagi, jalan lama 1 lane. Depan belakang takde kereta. Kiri kanan xtau ape. Gelap gulita. Masa otw tu boleh pulak banyak kekatu terbang kat cermin tingkap depan. Lepas tu berkabus sampai tak nampak jalan. Aku dah terus terdiam sambil tengok hp. Tak cakap ape sebab aku takut benda lain muncul tgh jalan. Usben buat rileks sambil mnyanyi. Phiew. Lepas sejam setengah, sampai jugak kat Mersing. Lebih kurang setengah jam sebelum sampai tu baru la ada keta depan belakang. Lega. Alhamdulillah, kami sampai kat Jeti Mersing at 3.30am. Kalau boleh aku tak nak ikot jalan tu lagi dah kalau malam. Serius!

Ke Pulau Tioman by Ferry
2 hari sebelum pegi usben baru sempat beli tiket through blueexpress website (). RM70/person utk pergi & balik. Kalau lmbat mesti dah sold-out sebab weekend ada cuti panjang (Selasa cuti wesak, so amek cuti senin..panjanglah cuti tu). Lagi satu, kena tambah bayar RM10 sorang untuk Conservation Fee. 2jam perjalanan dalam ketiduran. Chalet kami kat Kampung Salang so memang last destination ferry ni. Sepanjang 2 jam tu, ferry akan berenti ikot kampung utk hantar penumpang, tapi yang aku perasan die berenti kat Salang je. 



Accommodation
Trip ke Tioman kali ni kire macam short planning, sebulan sebelum baru decide. So kami dapat chalet cikai yang paling murah ever! RM60/semalam. Chalet kecik berkipas je. Yang lain sume dah penuh. Kami dapat bilik kat Salang Indah Resort. 

Sekitar Kampung Salang ni ada byk chalet budget. Antaranya salang indah, salang sayang, salang beach, ella's place n zaidi's place. Semuanya dekat2 je. Kalau baca review, kampung salang ni paling best sebab air laut die paling jernih. Banyak mat salleh suka tinggal sini. Tempat divers pun byk kat sini.   Semua urusan juak beli menggunakam cash. No creditcard yer. Transportation diorng cumalah taxi boat, motorcycle n bycycle di sekitar kampung. Tiada jalan darat utk kereta. 

1 day Tioman Island Round Trip
Ni 1st time aku nak pegi snokerling. Ni jugak 1st time aku pegi pulau & tengok air jernih. Kami amek pakej round trip tioman utk hari ke-2 kat sana. RM100/person, dari 10.30am to 5.30pm, 6 tempat, 3x snokerling. Berbaloi. Pakej ni same je kalo amek kat mana2 booth sekitar kmpung Salang. Kami amek dari akak armila. Pakej disiapkan dengan semua equipment - mask, fin, life jacket. Akak tu siap bagi roti keras lagi utk bagi kat ikan.

1. Kampung Juara
2. Kampung Asah (waterfall)
3. Kampung Tekek (Lunch)
4. Snokerling at 
5. Snokerling at Taman Laut
6. Snokerling at Shark Point



Waterfall at Kampung Asah (10 minutes hiking)

Kampung Tekek


Boat Nelayan

1st time I Snokerling uolls..

Sebelum pergi, kami dah siap sewa underwater camera utk amek gambar dalam air dari Marine Monkees Tioman - RM60 per camera. 


Harga makanan kat sini memang double triple. Usben beli ayam uncle bob kat Kg.Tekek mencecah RM12. Crazeh. Kuewtiau/nasi goreng plak around RM8, burger telur (banjo) RM6. Buah potong bole jadi RM4 sedangkan hrga KL RM1 je.

Malam pertama kami makan seafood kat Salang Sayang Restaurant. 2 jenis ikan biasa, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, nasi putih & fresh juice = RM69. Malam ke2 pulak makan kat Salang Sayang Restaurant sebab ada big screen, usben nak tgk final game epl utk tentukan siapa juara musim ni. Congrats Citeh! Aku makan burger double cheese + double daging RM7 je, usben makan nasi biasa & tomyam. 


Untuk lunch, kami makan biasa2 je. Brekafast plak, kami breakfast di Salang Compleks -ada nasi lemak, mihun, mee & roti canai. Hari terakhir kami breakfast di Salang Indah, tpi yang ada masa tu semuanya western style breakfast. Aku makan Banana Pancake @ Lempeng Pisang (Rm6), usben makan bread toast + omelet (RM4).




Usben kite. Senyum sorang2 nampak?

Perkidmatan bank cuma ada di Kampung Tekek. Jalan darat utk kereta pun cuma ada di Tekek. Jalan darat dari Tekek boleh menghubungkan Kg. Tekek & Kg. Juara je kalau tak silap. Kat Tekek ni mcm small town la kat Tioman ni sebab ada kemudahan lain. Kat sini jeti die besar sikit compare than the other kampung. 

For me, 3 hari 2 malam kat sini pun dah cukup sebab tak banyak aktiviti boleh buat bila kat pulau ni selain dari snokerling n mandi laut, kecuali kalau orang minat diving. 3 hari kat Tioman ni pun dah cukup untuk kulit kite jadi lebih tanned gitew. Sunblock memang sentiasa kena pakai & air pun kena minum banyak sebab cuaca panas. 

Dimana ada kamu, di situ ada aku..gitew..

#TiomanTips : Beli souvenior kat mainland, sebelah Jetty Mersing. Murah sikit. Kalau beli kat pulau memang mahal. Cthnye kain pario ni, beli kat pulau RM20, tapi kat mainland baru RM10. Tipah tertipu bang.






Friday, April 18, 2014

Food Review : Coliseum Café

Disebabkan kiteorng nak pindah office in 2 weeks time, so minggu2 terakhir ni haruslah kiteorng explore tempat makan yang best nearby our current office. Currently, our office located at Jalan Ampang, near to Masjid Jamek, but by end of this month kiteorng akan pindah ke Damansara, Jalan Dungun. Yer..tempat yang tak best tu. Ops!

Sepanjang keje kat Jln Ampang, ni 2nd time aku mkn kat sini. Selalunya tempat ni penuh, so this time kiteorng call & ordered siap2. Dah order awal2 pun dapat lambat, apa lagi kalo terjah & order, mmg masuk office lmbat la gamaknye.


Aku order set Chicken Chop + Ice lemon Tea (RM29.00++).


Tempat ni memang recommended kalau korang nak feeling2 makan kat kedai 'klasik' sebab decoration kedai ni memang klasik & antik. Tapi kedai ni memang selalu penuh especially time lunch hour on weekdays.

"The Coliseum Café Kuala Lumpur has clinched the Malaysia Book of Records award for the ‘Longest Operating Western Colonial-Themed Restaurant’, having been in business since 1921."

Visit their website : http://www.coliseum1921.com
Address: 98 Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur, 
              Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 03-2692 6270

Bele'

Bele'.

Habis semua gambar dalam blog ni terdelete. Hampeh betul.

So, kalau tgk gambar bulat with the dash in the middle, abaikan je.

Tuesday, April 15, 2014

Prioduct Review : Inai Homemade madness!!

"Have you tried Henna? That is allowed. As far as the nail polish is concerned, I guess you can use it, but it would be closer to taqwa to refrain until a more water permeable option is available." - Reveilingyourself.com - Copied from SheaRasol's blog

Semenjak ternampak kuku Shea Rasol berwarna & halal untuk dibawa sembahyang, semenjak tu tercari-cari, kat mana la nak beli pewarna kuku tu. Sampai lah ada 1 hari tu,ada 1 of instashop that I followed on Instagram ada jual 'Inai Homemade. Ragu-ragu jugak, boleh percaya ke depa ni? Lepas tu femes la pulak inai ni di merata instagram. Terpengaruh & terbeli la jugak. Murah je, RM20 excluding postage.

Dah sebulan beli, tapi last week baru pakai betul2. Mula2 pakai testing2 sebelah tangan je. Last week baru pakai 2-2 belah tangan dan terpaksalah si usben tolong pakai kan utk tangan sebelah kiri. Sambil pakaikan tu, dekat 40x agaknye dia mengomel "boringnya lah pakai benda ni...". Ngomel ke tak ngomel, tapi tetap kena paksa. "I dont care sayang, pakaikan je.."

 


1st layer pakai dalam 15min je mcmtu, lepas cuci tak lekat sangat. So kena pkai lagi. Si usben mengomel lagi.



Pakai 2nd layer, lama sikit dalam 40min. Baru kalernyer melekat cantik. Sampai kebas2 tangan sebab menunggu masa nak cuci. Nasib baik inai ni wangi je. Pakai comot2 terkena kulit pun tak kisah sebab inai ni tak melekat kat kulit, cepat je warna yg terkena kt kulit tu boleh ilang.


Jari I ni jari cawan je, so taklah secantik orang jari gelas pakai inai. 

So, kalau nak beli inai halal ni..boleh la contact @beggymeggies kat instagram. Tengok warna mana yang uolls nak and whatsapp cepat2. 

Tuesday, April 1, 2014

Kak Ita Last Day

It's been a wonderful 5 years++ knowing Kak Ita as my officemate, sister, tudung guru, love advisor, lunch partner and best friend. Without her advised, I might not dating with my husband & without her inspiration I might still lost and not covering my hair.

Yesterday was her last day.....at HQ.
Ceh. Kak Ita transfer ke Puchong Branch je pun tapi bunyik macam dah berenti kerja.

Well, we might meet her again in the company's event or training. Lagipun cuma tukar branch ke PUCHONG je pun.


But, as her last day at HQ yesterday, we'olls makan2 and lepak2 together.
Konon2 macam susah sangat nak jumpa dia lepas ni kan?
I'm pretty sure that she will contacting IT Dept a lot after this.


Sunday, January 12, 2014

Trave Diary : Langkawi - Padang Besar - Alor Setar

Malas nak manaip panjang. Just another roadtrip to Langkawi. By Ferry from Kuala Perlis. 3 days 2 nights. This time we explore our '2nd date place' together (my husband & I met for the 2nd time at Langkawi, on April 2011). 

This time aku cerita melalui gambar sikit2 je sebab mood Langkawi dah abis. Lepas tu usben aku dah siap plan next trip ke Borneo bulan 3 nanti. Sebab tu la mood Langkawi dah tadak. 

Day 1 : Kuala Perlis - Langkawi - Kuah - Chenang Beach

view from our Hotel room at Kuah
Baron Hotel Langkawi - RM110/night (breakfast included)
2 nights - RM220


Car Rental - Saga BLM
Total for 3 days - RM180.00


    pekena Laksa Power dekat dengan airport





Sunset at Chenang Beach

Day 2 : Island Hoping



 Island Hopping - jetty point (tak ingat nama tempat)
RM35/person, total RM70.00



 Tasik Dayang Bunting

Pulau Beras Basah

Day 2 : Langkawi Cable Car

RM30/ person (with MyKad) 
Total for 2 person RM60




Royal Langkawi Yatch Club

Day 3 : Langkawi Eagle Point - Kuala Perlis - Padang Besar - Alor Setar



 Tempat usben aku mengabiskan wang ringgit untuk membeli Jersey -
Padang Besar, Perlis

 Menara Alor Setaq

Day 4 : Pekan Rabu, Alor Setar - KL



Akhirnya, hasil-hasil dari Langkawi, Padang Besar & Pekan Rabu.

Wokay bye. Abes dah cerita year-end trip.

Next trip - Borneo!