Tuesday, May 27, 2014

1096 Days of Loves and I'm ready!

Alhamdulillah. 

1096 hari dah aku bercinta dengan si usben & umur perkahwinan kami pun dah masuk 521 hari or 1 year 5 months & 5 days. Bersempena dengan anniversary ke-3 tahun bercinta ni, aku dah tetapkan yang aku dah bersedia nak ber TTC. So aku launch blog lagi 1 untuk aku 'tulis diary TTC' aku & share tips yang aku dapat through the net on how to get pregnant.



Baby George. So cute!
TTC atau nama penuhnya Trying to Conceive atau nama lain bersungguh nak dapatkan baby comel. Sebelum ni bukan aku tak bersedia, tapi aku lebih mengharapkan yang aku akan dapat baby secara neutral. Cemburu tengok orang lain dah preggy dulu dari aku, padahal aku yang kawin dulu. 

SO, sekarang ni aku akan secara serious akan ikot pantang larang, Do & Dont's dalam TTC dan berusaha untuk get preggy secepat mungkin. InsyaAllah. Tapi sebenarnya, aku tak tau nak mula dari mana. 

Untuk 3 bulan pertama ni, aku cuma akan makan Asid Folic (4mg) 2x sehari & minum ESP Shaklee untuk lebih protein. Gitew. Ok lah kan untuk peringkat awal. 

For another 3 months pulak, nanti aku research kat blog orang dulu apa aku nak buat lepas tu. 

Doa Dalam Al-Quran - Surah 'Ali `Imran: Ayat 38

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan."




Amin.

1096 Days of Loves

27-05-2014

♫ Christina Perri - A Thousand Years 

Today I have loved you for 3 years, 156 weeks, 1,096 days, 26,280 hours, and 1,576,819 hours. Approximately.
(& we have been married for 1 year 5 months & 5 days...)


Dear Husband,
I love you today, tomorrow and a thousand years more...

with love,
Mrs. Always Right


Wednesday, May 14, 2014

Travel Diary : Pulau Tioman, Pahang

Road trip to Mersing, Johor
Kalau nak ke Tioman, salah satu cara ialah naik Ferry kat Mersing, selain di Tanjung Gemok, Pahang (30min dari Mersing). Tiket feri, usben dah beli awal secara online tapi pukul 6.30 am, Sabtu. Nak tak nak, kami kena sampai kat Jeti Mersing at 5.00am. So, dari KL gerak kol 11pm (Jumaat). Target sampai sana pukul 4am. Tepat pukul 2am, keluar Tol Ayer Hitam, terus headed to Mersing melalui Kluang. Lepas dari Kluang nak ke Mersing tu kena ikot jalan lama. Mak Ayah dah pesan "elok-elok ikot jalan tu...jalan tu menakutkan..".

Memang betul uols. Scareeehhhhh. Dah la awal pagi, jalan lama 1 lane. Depan belakang takde kereta. Kiri kanan xtau ape. Gelap gulita. Masa otw tu boleh pulak banyak kekatu terbang kat cermin tingkap depan. Lepas tu berkabus sampai tak nampak jalan. Aku dah terus terdiam sambil tengok hp. Tak cakap ape sebab aku takut benda lain muncul tgh jalan. Usben buat rileks sambil mnyanyi. Phiew. Lepas sejam setengah, sampai jugak kat Mersing. Lebih kurang setengah jam sebelum sampai tu baru la ada keta depan belakang. Lega. Alhamdulillah, kami sampai kat Jeti Mersing at 3.30am. Kalau boleh aku tak nak ikot jalan tu lagi dah kalau malam. Serius!

Ke Pulau Tioman by Ferry
2 hari sebelum pegi usben baru sempat beli tiket through blueexpress website (). RM70/person utk pergi & balik. Kalau lmbat mesti dah sold-out sebab weekend ada cuti panjang (Selasa cuti wesak, so amek cuti senin..panjanglah cuti tu). Lagi satu, kena tambah bayar RM10 sorang untuk Conservation Fee. 2jam perjalanan dalam ketiduran. Chalet kami kat Kampung Salang so memang last destination ferry ni. Sepanjang 2 jam tu, ferry akan berenti ikot kampung utk hantar penumpang, tapi yang aku perasan die berenti kat Salang je. 



Accommodation
Trip ke Tioman kali ni kire macam short planning, sebulan sebelum baru decide. So kami dapat chalet cikai yang paling murah ever! RM60/semalam. Chalet kecik berkipas je. Yang lain sume dah penuh. Kami dapat bilik kat Salang Indah Resort. 

Sekitar Kampung Salang ni ada byk chalet budget. Antaranya salang indah, salang sayang, salang beach, ella's place n zaidi's place. Semuanya dekat2 je. Kalau baca review, kampung salang ni paling best sebab air laut die paling jernih. Banyak mat salleh suka tinggal sini. Tempat divers pun byk kat sini.   Semua urusan juak beli menggunakam cash. No creditcard yer. Transportation diorng cumalah taxi boat, motorcycle n bycycle di sekitar kampung. Tiada jalan darat utk kereta. 

1 day Tioman Island Round Trip
Ni 1st time aku nak pegi snokerling. Ni jugak 1st time aku pegi pulau & tengok air jernih. Kami amek pakej round trip tioman utk hari ke-2 kat sana. RM100/person, dari 10.30am to 5.30pm, 6 tempat, 3x snokerling. Berbaloi. Pakej ni same je kalo amek kat mana2 booth sekitar kmpung Salang. Kami amek dari akak armila. Pakej disiapkan dengan semua equipment - mask, fin, life jacket. Akak tu siap bagi roti keras lagi utk bagi kat ikan.

1. Kampung Juara
2. Kampung Asah (waterfall)
3. Kampung Tekek (Lunch)
4. Snokerling at 
5. Snokerling at Taman Laut
6. Snokerling at Shark Point



Waterfall at Kampung Asah (10 minutes hiking)

Kampung Tekek


Boat Nelayan

1st time I Snokerling uolls..

Sebelum pergi, kami dah siap sewa underwater camera utk amek gambar dalam air dari Marine Monkees Tioman - RM60 per camera. 


Harga makanan kat sini memang double triple. Usben beli ayam uncle bob kat Kg.Tekek mencecah RM12. Crazeh. Kuewtiau/nasi goreng plak around RM8, burger telur (banjo) RM6. Buah potong bole jadi RM4 sedangkan hrga KL RM1 je.

Malam pertama kami makan seafood kat Salang Sayang Restaurant. 2 jenis ikan biasa, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, nasi putih & fresh juice = RM69. Malam ke2 pulak makan kat Salang Sayang Restaurant sebab ada big screen, usben nak tgk final game epl utk tentukan siapa juara musim ni. Congrats Citeh! Aku makan burger double cheese + double daging RM7 je, usben makan nasi biasa & tomyam. 


Untuk lunch, kami makan biasa2 je. Brekafast plak, kami breakfast di Salang Compleks -ada nasi lemak, mihun, mee & roti canai. Hari terakhir kami breakfast di Salang Indah, tpi yang ada masa tu semuanya western style breakfast. Aku makan Banana Pancake @ Lempeng Pisang (Rm6), usben makan bread toast + omelet (RM4).




Usben kite. Senyum sorang2 nampak?

Perkidmatan bank cuma ada di Kampung Tekek. Jalan darat utk kereta pun cuma ada di Tekek. Jalan darat dari Tekek boleh menghubungkan Kg. Tekek & Kg. Juara je kalau tak silap. Kat Tekek ni mcm small town la kat Tioman ni sebab ada kemudahan lain. Kat sini jeti die besar sikit compare than the other kampung. 

For me, 3 hari 2 malam kat sini pun dah cukup sebab tak banyak aktiviti boleh buat bila kat pulau ni selain dari snokerling n mandi laut, kecuali kalau orang minat diving. 3 hari kat Tioman ni pun dah cukup untuk kulit kite jadi lebih tanned gitew. Sunblock memang sentiasa kena pakai & air pun kena minum banyak sebab cuaca panas. 

Dimana ada kamu, di situ ada aku..gitew..

#TiomanTips : Beli souvenior kat mainland, sebelah Jetty Mersing. Murah sikit. Kalau beli kat pulau memang mahal. Cthnye kain pario ni, beli kat pulau RM20, tapi kat mainland baru RM10. Tipah tertipu bang.