Monday, November 17, 2014

Recipe: Nutella French Toast a.k.a Roti Telur Nutella

Salam sejahtera puan-puan. Kita bertemu lagi dengan resepi baru "dari Dapur Cik Lin". Kali ni saya akan sharekan resepi ringkas, mudah dan senang untuk sarapan pagi.

Baiklah, biarlah gambar berbicara mengikut nombor seperti dibawah ; 


1. Bahan-bahan yang diperlukan :
4 keping roti, 1 biji telur, Nutella, suku atau setengah cawan fresh milk, secubit garam dan secubit cinnamon. Mix kan semua bahan kecuali roti dan Nutella. Sapukan nutella di sebelah bahagian setiap roti dan cantumkan 2 keping roti. So, ada 2 set roti yang di cantumkan 2. Celupkan roti dengan bahan yang dah di mixed tadi.

2. Panaskan non-stick pan dengan butter. 

3. Roti yang dicelup tadi diletakkan atas non-stick pan. 

4. Goreng sehingga kekuningan atau agak2 dah garing. Jangan lupa tambahkan butter jika perlu.

Bile dah siap, bolehlah dihidangkan dengan nescafe tarik atau teh O. Kalau nak manis, boleh tambahkan sedikit honey atau hirisan pisang. Nyums.


Kalau gambar di atas tak menarik minat puan2 untuk mencuba resepi saya, sila lihat gambar ihsan dari google seperti di bawah :




Sekian dari "dapur Cik Lin". Sehingga kita bertemu lagi di lain resepi. 





0 comments:

Post a Comment