Monday, September 28, 2015

2nd Miscarriage - 27 September 2015 : Missed Miscarriage

10-08-2015 - Isnin. Lepas 2 kali period dari 1st Miscarriage aritu, usben kata mungkin boleh cuba lagi untuk next pregnancy. Yelah, kalau cuba dulu tak semestinya lekat kan sebab sebelum ni 2 tahun cuba tapi tak de pape pun. So kalau cuba bulan ni tak jadi, ada lagi next month dan seterusnya. TAPI, tak sangka sekali cuba lepas tu terus lekat. Masa ni period dah delay seminggu. Tapi aku buat donno je, usben yang rajin kira ovulation sume tu. So, dia suggest buat UPT. Test skali terus positif, tapi result lambat. Dah sejam dua, baru 2nd line keluar. Happylah kami sebab aku pregnant lagi. Solat jemaah, solat hajat, banyak2 doa agar kali ni menjadi.

11-08-2015 - Selasa. Disebabkan last pregnancy aku dah check kat Hospital Naluri, so kami terus ke sini untuk confirmkan pregnancy. Doc scan dan memang ada tapi kecik sangat. Masa tu mungkin dalam 5 minggu kalau ikot LMP. Set appointment lagi 2 minggu utk tengok perkembangan janin.

26-08-2015 - Selasa. Doc scan, nampak kantung membesar. Alhamdulillah. Kalau ikot LMP dah 7 weeks, tapi kalau ikot date scan baru 5W5D. So EDD ialah pada 21-04-2016, kebetulan sama date dengan date aku gugur aritu. Set appointment lagi 2 minggu.

08-09-2015 - Selasa. Kalau scan masa ni patutnya dah ada heartbeat TAPI, masa doc scan kata kandungan tak membesar!! Masa tu perkembangan dia naik sehari je dari 2 minggu lepas - 5W6D. Tak sampai seminit doc scan dia terus cakap "Maaf Azlin, kandungan awak tak menjadi lagi". WHAT?? Betulke doc tengok? Kejap je tengok? Dia senyum dan suruh aku banyak bersabar. Keluar dari bilik doc aku dah terus menangis. Tak kisah orang keliling dah. Usben peluk tenangkan aku. Masuk dalam kereta, aku dah mula meraung menangis. Plan nak dinner sume ke laut. Tak da selera langsung dah. Ye lah, kalau compare dengan 1st miscarriage aritu, kali ni memang takde tunjuk tanda apa2 nak gugur pun. Darah tak keluar, cuma brown spotting je tu pun secoit. Memang tak expect langsung! Sampai rumah, aku peluk usben, minta maaf. Mungkin sebab aku kadang2 hyperactive kat office, mungkin sebab aku curi2 minum nescafe, dan segala mungkin lagi. Aku memang salahkan aku 100% walaupun aku x tau sebab apa jadi macamni. Usben pun menangis mintak maaf kat aku. Masing2 salahkan diri sendiri.

Esoknya aku cuti 5 hari. Memang plan nak cuti panjang untuk rehatkan diri sebab early pregnancy, tapi tak sangka aku cuti dalam keadaan miserable. Usben keje. Kadang2 dia wassap suruh aku banyak bersabar, buat solat hajat and suruh aku jgn nanges. Tapi memang 2-3 ari tu aku menangis sampai bengkak mata. Kami plan nak ke Hospital lain for 2nd opinion. Google punya google, jumpe hospital kat Sri Rampai. So, plan nak ke sana next Tuesday, genap seminggu lepas last appointment kat Naluri.

15-09-2015 - Selasa. Kami ke Tunku Azizah Maternity Home. Walk in je without appointment. Jumpa dengan Doc Zana. Doc Zana ni ex-Doc kat Naluri. Cerita history pregnancy kat doc from A to Z and doc scan nak tengok sendiri kandungan aku. Masa dia scan tu, kantung aku 'well performed' katanya, cantik terbentuk. So, kata2 doc tu memang bagi aku sikit harapan. Tapi heartbeat masih tak de. Doc kata tak nak diagnose cepat sangat so dia bagi 10 hari untuk tengok perkembangan kandungan. Kalau lepas 10 hari takda perkembangan positif, barulah dia boleh bagi tau result either miscarriage lagi atau tak. 10 days of worries... :'(

Sepanjang 10 hari, aku continue makan Dhupaston, Asid Folic dan ubat Aspirin dari Tunku Azizah. Dalam 10 hari ni jugak aku buat2 normal. Jaga pemakanan dan pergerakan. Tapi, symptom pregnancy dah makin kurang. Aku abaikan je semua symptom tu, ada ke tak de, yang penting baby aku ada dalam perut. Aku selalu usap perut and cakap kat 'baby'.."Baby mommy sihat ok, don't worry, everything gonna be fine". 

25-09-2015 - Jumaat. Arini aku cuti sebab semalam rayer haji. Darah mula keluar sikit. Terus aku hilang harapan. 100% aku dah rasa tak da harapan. 

26-09-2015 - Sabtu. Genap 10 hari. Pergi checkup tapi dah tak harap apa2 sebab darah dah mula keluar. Sebelum doc scan, aku bgtau dia yang dah ada darah. Doc mengeluh and geleng kepala. Bila scan, kantung dah tak cantik macam aritu. Aku dah pasrah. Doctor suggest buat D&C sebab dah lama sangat, takut infection. Tanya kat doc, berapa cost untuk buat D&C kat sini? Doc kata dalam RM2200. OMG! Lagi mahal dari Naluri. Memula mcm nak pegi tempat lain dulu sebab ada je member buat D&C kurang dari RM1k, tapi usben macam malas nak cari lagi, ye la sebab nak repeat lagi scan, nak cerita kat doc lagi. Leceh. So dia bayar je untuk buat kat Tunku Azizah. Schedule D&C, esoknya..ari ahad pagi. Tapi D&C tu akan di buat di Dewan Bersalin Muslimah (DBM), Batu Cave sebab kat Sri Rampai ni kelengkapan belum siap sepenuhnya.

Petang tu, kami sempat pegi jalan2 kat The Curve. Dah lama tak ke sana sebab sebelum ni aku preggy, tak nak jalan sangat kononnya.

Malam tu, masa nak tido, perut aku dah mula sakit. Sakit giler!!! Lagi sakit masa aku Ectopic dulu rasanya. Setiap 5 minit dia datang. Meraung aku tahan sakit. Usben dah tak leh tahan tengok aku sakit, terus dia call DBM, tanya kalau boleh dtg masa tu. Nurse kata boleh. Kalau sakit teruk dia akan call doc terus. Masa tu dalam pkul 12.30 kot. Tapi aku memang tak boleh nak tukar baju ke ape ke. Segala gaya aku buat nak tahan sakit. Nak tukar kain pun tak boleh. Time tu plak sakit perut nak buang air besar. 2-3 kali aku masuk toilet membuang sambil tahan perut sakit. Last sekali aku muntah, berpeluh 1 badan. Aku suruh usben aku basahkan towel kecik, kuatkan kipas. Masa tu rasa macam panas giler. T-Shirt tido aku pun dah basah sebab berpeluh. Masa sakit tu aku banyak2 baca "La ilahaila Subhana inni kuntu minazzalimin". Berulang2. Aku doa jugak dalam hati, kalau dia dah nak keluar sangat, permudahkan la. Keluarkan la dia dengan mudah. Hilangkan lah sakit aku Ya Allah. Dalam 2-3 jam aku tahan sakit, sakit tu mula kurang. Setiap 5 min tetap ada tapi tak sesakit mcm sebelum tu. Aku paksa diri tido and end-up aku tido dalam keadaan tahan dan lawan sakit. Usben pun tak paksa dah nak bawak pg hospital. 

27-09-2015 - Ahad. By 7.00 am, aku dah kena smpai kat DBM, so kol 6 am aku dah mandi. Sampai kat hospital, nurse masukkan ubat kat Miss.V. Dalam kol 9am baru buat D&C, kena tunggu Doc Zana sampai. So lepas masuk ubat, aku tido sbab ngantuk sangat. Usben pun sentiasa ada. Dapat bilik sorang2, siap ada toilet so rasa selesa sangat. As scheduled, 9 a.m, buat D&C. Tak lama pun rupanya, dalam 20 minit je mcmtu. Masa D&C tu, aku memang tak sedar so aku tak rasa apa-apa. Sebelum start buat tu aku selawat and mengucap banyak2.  

Aku kena rest dulu kat katil, dalam kol 12.30 p.m dah boleh balik rumah. Dapat MC 8 hari.

Masa nak buat D&C ni, aku dah kurang sedih. Mungkin sebab aku dah bersedia dan memang dah redha. So now, I'm no longer pregnant lady..again. 2 kali aku pregnant tahun ni. 2 kali tak jadi. Aku bagitau usben, aku nak rest dulu. At least sampai next year bulan 2 atau 3, baru plan for next pregnancy. Aku penat. Badan aku penat. Emosi aku penat. Kali ni, biarlah aku betul2 rest. 

Semoga masih ada harapan untuk aku mengandung lagi dan selamat melahirkan baby 1 hari nanti. In sya Allah.

1st Miscarriage - 21 April 2015 : Complete Miscarriage

Dah lama betul tak update blog. Sekarang nak update, terus keluar cerita sedih. Sedih, sangat sedih!! Bersedialah nak baca karangan panjang aku tanpa gambar.

Hari ni hari ke-2 aku berpantang. Berpantang tanpa baby. Berpantang sebab keguguran. Keguguran kali ke dua untuk tahun ni. Keguguran kali pertama pada 21 April 2015, dan kedua ni semalam, 27 September 2015. Selang beberapa bulan je. Sebelum tu, 2 tahun aku kosong. Kosong tanpa ada apa-apa kehamilan.

1st Miscarriage - 21 April 2015 : Complete Miscarriage
Aku tau aku pregnant masa tu betul2 sehari sebelum aku ke Medan, Indonesia - 26-0-2015. Selalunya kalau kami nak travel ke mana2, memang aku kat beli UPT untuk check pregnancy walaupun aku baru lepas abes period. Tapi masa tu period aku dijangka akan datang masa aku kat Medan so time aku check tu memang period tak delay lagi dan aku check UPT petang so kadar hsg mungkin rendah nak detect pregnancy, tapi keputusan nya.....POSITIF! Happy tapi risau. Yelah sebab ko nak travel esoknya, tetibe pregnant plak. Cane tu? So kami terus ke Klinik Idzham. Doc x check urine pun, die just tgk UPT yg aku bwak and advised, uolls boleh pegi travel cam biasa cuma kena berjaga-jagalah. So, sepanjang aku kat Medan, aku memang jaga makan dan jaga pergerakan. Aku ada muntah 2x masa otw nak ke Lake Toba sebab jalannya macam ular, berpusing-pusing. Yang lain rasanya tak de apa sgat sebab kat Medan ni tak la byk sgt berjalan sebab supir hantar tempat kat depan mata semuanya. 

Balik KL, semuanya normal. Aku dah tak pakai high heels, keje rumah usben buat sampaikan nak tuangkan air dari kettle pun usben yang buatkan. Punyalah jaga. Tapi, mungkin jodoh dengan little khalifah dalam rahim aku ni tak panjang. 

16-04-2015 - Khamis, aku MC sebab demam, masa tu jugak ada keluar spotting kaler coklat. Tak banyak pun. Masa nak amek MC tu, doc buat ultrasound skali, dia kata janin masih dalam rahim tapi muka dia mcm lain mcm. Aku tanya ada heartbeat tak? Dia kata belum ada lagi. Masa dia tunjuk kantung tu dia kata kantung sebelah vagina. Masa tu aku x tau apa maksudnya. Bagi aku asalkan dia kat dalam rahim, means dia ok. Doc takut spotting tu tanda2 nak gugur, aku tersentak. Pastu dia bagi Dhupaston untuk kuatkan rahim, In sya Allah dapat membantu. Esoknya, Jumaat aku pegi keje, dah terus keluar darah. Kat opis lak tu. Aku pikir positif lagi masa tu sebab ada je org pregnant tapi keluar darah. Tapi lepas di nasihatkan oleh akak opis, deyorng suruh pegi check doc terus sebab takut sebab lain. So usben terus bawak ke Hosp. Pantai, Bangsar - Emergency Room. Tapi sayangnya doc tak dpt check sebab doc Gynae xde masa tu, so dia suruh makan Dhupaston je and dia inject untuk kuatkan rahim. Dapat MC sampai ari selasa (21/04/2015). Dapat MC tu aku Bed Rest je, tak buat apa2. 

20-04-2015 - Isninusben suggest pegi check dgn pakar (sebelum tu aku tak terpikir langsung nak check dgn pakar), so dia dah buat appointment hari selasa (esoknye) kat Hospital Kg. Baru. 

21-14-2015 - Selasa. Appointment kat Kg. Baru kol 12 p.m dengan Doctor **. Masa nak scan kat perut, doc tak nampak, mungkin sebab ada kesan jahit masa aku Ectopic dulu. So kena scan through Miss.V. Tengok punya tengok, doc cakap kantung baby aku tu dah tak serupa kantung. Dah bocor/leper/tak normal. Jadi resultnya, kandungan aku tak menjadi. Aku pandang muka usben, terus aku menangis. Tak boleh control lagi dah. Usben aku pun nampak frustrated. Tapi siapalah kami nak melawan takdir Allah. Nak tak nak kena terima juga. Kena redha. 

So, doc suggest untuk buat D&C. 1st time aku dengar perkataan tu. D&C tu kalau melayu kita selalu sebut 'Cuci'. Cuci untuk buang atau kosong kan rahim. Kami tanya jugak kat Hosp Kg. Baru tu, berapa costnya? Almost RM3k. Mak aaai. Sayang pulak duit, yela kalau nak selamatkan baby tak pe la, ni nak buang dia. So, kami survey kat tempat lain. Singgah dekat Hosp. Damai, Melawati - RM1800. Sambil pusing2 cari Hospital, aku bukak blog2 orang lain. Ada yang suggest buat kat Hospital Naluri, Wangsa Maju. Kami terus ke sana. Tanya kat counter tu berapa cost D&C, dia kata around RM1500 - RM1800. Usben kata boleh lah, lagi pun tak jauh dari rumah. Petang tu jumpa doc dia dulu untuk confirmkan. Dia scan lagi sekali, and resultnya sama..kena D&C. So Doc schedule buat terus esok pagi. Tapi nak dijadikan cerita, malam tu jugak kantung dah keluar. Masa nak keluar tu, sakitnya tuhan je yang tahu. Sakit sangat. Dan sepanjang malam tu aku rasa sakit sebab darah makin banyak keluar.

22-04-2015 - Rabu. Plan nak D&C tetap diteruskan. Yela, mana tau ada darah2 yang tertinggal, itu apa yang aku dengan usben pikirlah. So, pagi tu usben hantar kat Naluri. Nurse datang masukkan ubat kat Miss.V untuk lembutkan rahim (kot). Masa nurse datang tu, aku bgtau dia yang malam tadi kantung dah keluar. So dia terus update kat Doc. Doc kata nak scan lagi, bila scan doc kata dah tak ada apa dalam rahim, tak yah buat D&C. Pulak dah. Aku ingat kena buat jugak, yelah takut ada yang tertinggal tapi doc insist kata tak yah buat. Oklah, end-up tak buat D&C. Doc bagi MC 2 minggu untuk rehat and advised tunggu 3 bulan kalau nak plan for next pregnancy.

Thursday, February 5, 2015

Travel Diaries : 1 Night at Melaka Bandaraya Bersejarah [Weekend Getaway]

Bila cuti panjang bersambung, kaki mesti gatal nak berjalan. Tak dapat g jauh, dokat pun boleh. So, jom la balik kampung. Balik kampung macam biasa, sabtu pagi. Kali ni extend sampai ke senin, selalu ahad petang dah balik KL. Kampung tak jauh mana pun, Tangkak, Johor je. 

Disebabkan cuti sampai ke Selasa (Hari Wilayah & Thaipusam) dan tahun ni aku ngelat tak nak stand by (keje IT Support) so ke Melaka ler kite. Satu malam pun jadilah. Pagi senin lepas breakfast and tolong mak kejap kat kedai (mak aku ada kedai makan depan rumah), bergeraklah aku dan usben ke Melaka. Dari Tangkak nak ke Melaka setengah jam je, tapi kami jarang masuk Melaka sebab malas nak tempuh jem. So kali ni masuk Melaka tido sana terus. 

Kami check-in di Hatten Hotel, Banda Hilir Melaka.

Hatten Hotel Melaka
www.hattenhotel.com
Aku boleh bagi rate 4* out of 5 untuk hotel ni sebab best giler. Kami amek Junior Suite je, rate dalam RM250++/night. Dalam bilik ada 2 LCD TV, rain shower, iron & benda2 basic hotel yang lain. Bilik besar so memang berbaloi-baloi dengan harga yang dibayar. 


Breakfast pulak lebih kurang sama macam hotel lain. But you have to wait to be seated yer bila nak breakfast tu. Bila dah ada table available, deyorng akan bawak korang terus ke meja. Pastu nasib baik kiteorng datang awal sebab masa dah sette makan and nak keluar dari cafè, panjang giler queue orang baru nak breakfast. Nasib korang lah kan. 

Location pulak memang superb sebab tengah2 Banda Hilir. Nak ke Dataran Pahlawan Mall pun kaki xyah jejak tanah sebab ada bridge from the hotel. Nak ke Mahkota Prade pun lintas sebelah je. Dah sampai Dataran Pahlawan pulak, kat belakng tu A Famosa. Senang giler. Dah kat A Famosa pulak, jalan je terus dah boleh pegi Museums, naik beca, Menara Taming Sari, Stadhuys Church, Hard Rock Cafe & Melaka River Cruise. Semua tu boleh jalan kaki dari hotel dalam 10 to 20 mins (jalan relax2). Senang giler. Jimat masa dan duit parking keta.

Lepas check-out, kiteorng sambung jalan2 lg kat Banda Hilir, so keta biar je kat hotel. Nasib baik xde extra charges untuk parking sbb kitaorng dah checkout awal. Just bagitau kat front-desk pastu leh sambung jalan.




A' Famosa
5 minit jalan kaki je dari Dataran Pahlawan Mall. Keluar ikot pintu belakang, terus nampak A' Famosa tersergam dengan penuh bersejarah. Pegi sini free je. No entrance fee. Lol. Lepas tu kalau sanggup naik tangga, boleh lah naik ke atas utk pergi ke St. Paul Church, just behind the A' Famosa. Kat sini ada banyak kubur2 orang dulu2. Dari kawasan ni jugak boleh nampak bandar Melaka dari atas bukit.

Beca (RM25/per-round)
Rasanya dah few times aku naik beca kat sini. Dulu2 harga dia RM10 je kot sekali round. Sekarang dah jadi RM25 seround dari A Famosa to Stadyhuy (berenti kejap amek gambar) pastu pusing balik ke A Famosa. Tapi ok lah, nak bagi usben aku merasa naik beca je pun. Yang bawak beca kitaorang aritu perempuan. Girl power! Tengah2 panas pun larat nak kayuh beca. Beca kat sini boleh pilih, ada macam2 rupa. Ada yang patung Kitty la, Frozen lah, Iron Man & etc. Pastu boleh pilih sama ada nak ada lagu ke tak. Macam kitaorang, nak ada lagu. Baru meriah sikit. Hehehe.


Muzium Rakyat (Entrance Fee = RM3/per person)
Hari ke-2, lepas checkout, kitaorang sambung jalan2 lagi. Kali ni target nak naik River Cruise. Tapi sebab kena menapak nak ke situ, jadi kitaorng singgah2. Sempat la singgah ke Muzium Rakyat jengah2 apa ada kat dalam. Semua cerita pasal asal usul rakyat kita. Oklah, but not as I expected sebab aku ingatkan ada la Keris Hang Tuah ke, Capal Hang Jebat ke kan, tapi hampeh. Hahaha. Usben aku siap perli, nak tengok semua tu kena pegi Muzium Negara katanya.  Muzium ni 3 tingkat, lepas tu kat tingkat bawah sekali boleh tengok meteor original yang disumbang kan oleh negara lain. Berat woo meteor tu.

Melaka River Cruise
Punyalah jenuh nak cari kat mana leh naik River Cruise ni. Rupanya kat area Muzium Samudera. Kitaorang punyalah menapak cari kat area Hard Rock Cafe. Last2 tanya abang beca baru la jumpa. Sebelum tu sempat la singgah Hard Rock tapi x beli pape pun sebab Melaka je kan, kalau beli obersea punya barulah rasa berbaloi. Eceh. 
Nak beli ticket River Cruise ni tunjuk la My Kad, leh dapat RM10/person, kalau x bayola harga pelancong. RM20 kalau tak salah. Naik River Cruise ni dalam 45 minit jugak. Sepanjang jalan akan nampak building2 lama, stesen bus lama, Kampung Morten dan sambil ada cerita tentang history Melaka. Kali ke-2 dah aku naik, dan 1st usben aku naik.

Muzium Samudera. (Entance Fee = RM3/person)
Muzium ni pun dah beberapa kali aku masuk. Banyak history tentang kapal2 dulu. Aku dah malas nak baca sangat sebab penat. So, pusing la jugak 1 kapal tu pastu lepak luar.

Muzium TLDM
Di sebabkan dah beli tiket kat Muzium Samudera tadi, so boleh masuk muzium TLDM ni free. Aku yang bersungguh nak masuk sebab nak usben aku bangga yang dia tu anak kapten kapal TLDM. Aku pun bangga jugak sebab jadi menantu kapten kapal. Hehehe. Lagipun aku memang suka orang keje beruniform macam ni. Bila tengok uniform TLDM ke, ATM ke or TUDM ke, aku rasa suke sangat sampai rasa nak buat tabik hormat. Gitew.
Dalam muzium ni banyak history tentang semua kapal2 TLDM, ada helicopter besar dan macam2 lagi. Kat luar muzium pun ada train lama. Leh la amek gambo kalau nak.

p/s : nanti sambung. aku ngantuk

Monday, January 26, 2015

Medan Tour Guide & Tukang Urut

Medan Tour Guide
Currently busy searching for the best tour guide for Medan trip this coming March. Actually dah jumpa yang berkenan with our own itinery tapi saja nak cari/ survey yang lain jugak. If you have any contact or kenal tour guide yang murah di Medan, please leave their contact number in the comment box below. Thank you. 

Tukang Urut
Tukang urut pulak. Ada ke kenal mana2 tukang urut di kawasan KL yang pandai mengurut especially untuk orang lepas bersalin atau untuk betulkan rahim/peranakan? Kalau ada, appreciate sangat recommend kan kat saya sebab saya nak cuba berurut, mana tau kalau2 ada rezeki zuriat lepas berurut. InsyaAllah.

Sunday, January 25, 2015

My January

Didn't have a chance to wish happy new year and now, January is coming to an end. How time flies. January been so good so far. What a wonderful month for early year of 2015.

~Happy New Year 2015!~

Talking about January, I did achieve/ accomplish a few things. No. Not about the azam baru that achieve too fast but, About the things that I wanted to buy and I finally bought it. Yeay!

dUCkscarves x PnG 
I've been hunting for this scarves at every Watsons in shopping mall since September but semuanya out of stock. Then, last week saja2 jalan at Aeon Wellness and suddenly ternampak iklan duckscarves tu dan dengan pantas terus ke counter. "Dik, dUCk scarve ada lagi?" Dia jawab "ada kak". Seperti impain menjadi nyata, terus pegi ke rak shampoo pantene dan memilih shampoo pantene & head and shoulders. Sepuluh minit jugaklah aku pilih shampoo tu sebab I'm not a Pantene user, tapi demi scarve tu, aku gagahkan pilih shampoo. Bayar dan kotak gold cantik dUCkscarve kini menjadi milikku. Gitew. 





2015 Planner
@myplannerbabes menjadi inspirasi. Tak tidur malam aku dibuatnya sebab x jumpa planner yang berkenan di hati. Buku nota banyak je. Kalau creative, boleh je DIY jadikan planner tapi nak jugak yang ada ring kat tengah so that boleh bukak tutup kalau nak tambah benda. Niat di hati, nak je order Kate Spade organizer, tapi memandangkan takut diri sendiri cuma komited di bulan pertama dan kedua je, so aku tanam hasrat tu dalam2. Next time je la. So, akhirnya aku dapat ring binder A5 size yang boleh di buat planner. Jadilah, RM5 je pun, beli kat Daiso. Sekarang tinggal nak siapkan inserts 2015 je. So far, aku download and print out je, tapi rasannya nak beli terus the inserts dari bookstore. 




Awning & Grill
Pasang awning and grill ni kira 1st major home improvement rumah kitaorang since beli last year. Sebabnya kami menyewa dulu rumah ni dan x sampai setahun lepas tu terus beli. So nak buat renovation ke ape ke, susah sikit sebab kami dah menginap kat sini. Awning ni bagi aku penting sebab bila hujan selalu tempias. Bila tempias kena angkat kain di jemuran. Kalau aku ada kat umah xpelah, kalau pergi keja? Abis baju lencun sebab tempias. Kena basuh balik, panjanglah muncung aku. Yang grill plak, kat sliding door xde grill, yang ada kat balcony. Penglihatan terhalang, balcony plak nampak sempit. So, kita split, kat balcony bukak, pastu pasang kat sliding door. Setel problem tempias n balcony nampak sempit. So, lepas ni bolehlah aku buat 'mini garden' kat balcony yang sekangkang kera tu je.


Small Balcony Inspiration

Sephora Black Card
I've blacklisted about 2 months ago but baru last week dapat Black card. Sebenarnya, boleh je guna white card tu tapi sebab rasa tak sabar nak dapat card baru, iolls siap email kat Sephora tanya kenapa black card iolls x sampai lagi. Jawapan mereka "please be patience". So, finally last thursday sampai jugak card tu. I'mma happy girl! Jom! Let's go to Sephora!