Thursday, February 5, 2015

Travel Diaries : 1 Night at Melaka Bandaraya Bersejarah [Weekend Getaway]

Bila cuti panjang bersambung, kaki mesti gatal nak berjalan. Tak dapat g jauh, dokat pun boleh. So, jom la balik kampung. Balik kampung macam biasa, sabtu pagi. Kali ni extend sampai ke senin, selalu ahad petang dah balik KL. Kampung tak jauh mana pun, Tangkak, Johor je. 

Disebabkan cuti sampai ke Selasa (Hari Wilayah & Thaipusam) dan tahun ni aku ngelat tak nak stand by (keje IT Support) so ke Melaka ler kite. Satu malam pun jadilah. Pagi senin lepas breakfast and tolong mak kejap kat kedai (mak aku ada kedai makan depan rumah), bergeraklah aku dan usben ke Melaka. Dari Tangkak nak ke Melaka setengah jam je, tapi kami jarang masuk Melaka sebab malas nak tempuh jem. So kali ni masuk Melaka tido sana terus. 

Kami check-in di Hatten Hotel, Banda Hilir Melaka.

Hatten Hotel Melaka
www.hattenhotel.com
Aku boleh bagi rate 4* out of 5 untuk hotel ni sebab best giler. Kami amek Junior Suite je, rate dalam RM250++/night. Dalam bilik ada 2 LCD TV, rain shower, iron & benda2 basic hotel yang lain. Bilik besar so memang berbaloi-baloi dengan harga yang dibayar. 


Breakfast pulak lebih kurang sama macam hotel lain. But you have to wait to be seated yer bila nak breakfast tu. Bila dah ada table available, deyorng akan bawak korang terus ke meja. Pastu nasib baik kiteorng datang awal sebab masa dah sette makan and nak keluar dari cafè, panjang giler queue orang baru nak breakfast. Nasib korang lah kan. 

Location pulak memang superb sebab tengah2 Banda Hilir. Nak ke Dataran Pahlawan Mall pun kaki xyah jejak tanah sebab ada bridge from the hotel. Nak ke Mahkota Prade pun lintas sebelah je. Dah sampai Dataran Pahlawan pulak, kat belakng tu A Famosa. Senang giler. Dah kat A Famosa pulak, jalan je terus dah boleh pegi Museums, naik beca, Menara Taming Sari, Stadhuys Church, Hard Rock Cafe & Melaka River Cruise. Semua tu boleh jalan kaki dari hotel dalam 10 to 20 mins (jalan relax2). Senang giler. Jimat masa dan duit parking keta.

Lepas check-out, kiteorng sambung jalan2 lg kat Banda Hilir, so keta biar je kat hotel. Nasib baik xde extra charges untuk parking sbb kitaorng dah checkout awal. Just bagitau kat front-desk pastu leh sambung jalan.




A' Famosa
5 minit jalan kaki je dari Dataran Pahlawan Mall. Keluar ikot pintu belakang, terus nampak A' Famosa tersergam dengan penuh bersejarah. Pegi sini free je. No entrance fee. Lol. Lepas tu kalau sanggup naik tangga, boleh lah naik ke atas utk pergi ke St. Paul Church, just behind the A' Famosa. Kat sini ada banyak kubur2 orang dulu2. Dari kawasan ni jugak boleh nampak bandar Melaka dari atas bukit.

Beca (RM25/per-round)
Rasanya dah few times aku naik beca kat sini. Dulu2 harga dia RM10 je kot sekali round. Sekarang dah jadi RM25 seround dari A Famosa to Stadyhuy (berenti kejap amek gambar) pastu pusing balik ke A Famosa. Tapi ok lah, nak bagi usben aku merasa naik beca je pun. Yang bawak beca kitaorang aritu perempuan. Girl power! Tengah2 panas pun larat nak kayuh beca. Beca kat sini boleh pilih, ada macam2 rupa. Ada yang patung Kitty la, Frozen lah, Iron Man & etc. Pastu boleh pilih sama ada nak ada lagu ke tak. Macam kitaorang, nak ada lagu. Baru meriah sikit. Hehehe.


Muzium Rakyat (Entrance Fee = RM3/per person)
Hari ke-2, lepas checkout, kitaorang sambung jalan2 lagi. Kali ni target nak naik River Cruise. Tapi sebab kena menapak nak ke situ, jadi kitaorng singgah2. Sempat la singgah ke Muzium Rakyat jengah2 apa ada kat dalam. Semua cerita pasal asal usul rakyat kita. Oklah, but not as I expected sebab aku ingatkan ada la Keris Hang Tuah ke, Capal Hang Jebat ke kan, tapi hampeh. Hahaha. Usben aku siap perli, nak tengok semua tu kena pegi Muzium Negara katanya.  Muzium ni 3 tingkat, lepas tu kat tingkat bawah sekali boleh tengok meteor original yang disumbang kan oleh negara lain. Berat woo meteor tu.

Melaka River Cruise
Punyalah jenuh nak cari kat mana leh naik River Cruise ni. Rupanya kat area Muzium Samudera. Kitaorang punyalah menapak cari kat area Hard Rock Cafe. Last2 tanya abang beca baru la jumpa. Sebelum tu sempat la singgah Hard Rock tapi x beli pape pun sebab Melaka je kan, kalau beli obersea punya barulah rasa berbaloi. Eceh. 
Nak beli ticket River Cruise ni tunjuk la My Kad, leh dapat RM10/person, kalau x bayola harga pelancong. RM20 kalau tak salah. Naik River Cruise ni dalam 45 minit jugak. Sepanjang jalan akan nampak building2 lama, stesen bus lama, Kampung Morten dan sambil ada cerita tentang history Melaka. Kali ke-2 dah aku naik, dan 1st usben aku naik.

Muzium Samudera. (Entance Fee = RM3/person)
Muzium ni pun dah beberapa kali aku masuk. Banyak history tentang kapal2 dulu. Aku dah malas nak baca sangat sebab penat. So, pusing la jugak 1 kapal tu pastu lepak luar.

Muzium TLDM
Di sebabkan dah beli tiket kat Muzium Samudera tadi, so boleh masuk muzium TLDM ni free. Aku yang bersungguh nak masuk sebab nak usben aku bangga yang dia tu anak kapten kapal TLDM. Aku pun bangga jugak sebab jadi menantu kapten kapal. Hehehe. Lagipun aku memang suka orang keje beruniform macam ni. Bila tengok uniform TLDM ke, ATM ke or TUDM ke, aku rasa suke sangat sampai rasa nak buat tabik hormat. Gitew.
Dalam muzium ni banyak history tentang semua kapal2 TLDM, ada helicopter besar dan macam2 lagi. Kat luar muzium pun ada train lama. Leh la amek gambo kalau nak.

p/s : nanti sambung. aku ngantuk