Monday, September 28, 2015

2nd Miscarriage - 27 September 2015 : Missed Miscarriage

10-08-2015 - Isnin. Lepas 2 kali period dari 1st Miscarriage aritu, usben kata mungkin boleh cuba lagi untuk next pregnancy. Yelah, kalau cuba dulu tak semestinya lekat kan sebab sebelum ni 2 tahun cuba tapi tak de pape pun. So kalau cuba bulan ni tak jadi, ada lagi next month dan seterusnya. TAPI, tak sangka sekali cuba lepas tu terus lekat. Masa ni period dah delay seminggu. Tapi aku buat donno je, usben yang rajin kira ovulation sume tu. So, dia suggest buat UPT. Test skali terus positif, tapi result lambat. Dah sejam dua, baru 2nd line keluar. Happylah kami sebab aku pregnant lagi. Solat jemaah, solat hajat, banyak2 doa agar kali ni menjadi.

11-08-2015 - Selasa. Disebabkan last pregnancy aku dah check kat Hospital Naluri, so kami terus ke sini untuk confirmkan pregnancy. Doc scan dan memang ada tapi kecik sangat. Masa tu mungkin dalam 5 minggu kalau ikot LMP. Set appointment lagi 2 minggu utk tengok perkembangan janin.

26-08-2015 - Selasa. Doc scan, nampak kantung membesar. Alhamdulillah. Kalau ikot LMP dah 7 weeks, tapi kalau ikot date scan baru 5W5D. So EDD ialah pada 21-04-2016, kebetulan sama date dengan date aku gugur aritu. Set appointment lagi 2 minggu.

08-09-2015 - Selasa. Kalau scan masa ni patutnya dah ada heartbeat TAPI, masa doc scan kata kandungan tak membesar!! Masa tu perkembangan dia naik sehari je dari 2 minggu lepas - 5W6D. Tak sampai seminit doc scan dia terus cakap "Maaf Azlin, kandungan awak tak menjadi lagi". WHAT?? Betulke doc tengok? Kejap je tengok? Dia senyum dan suruh aku banyak bersabar. Keluar dari bilik doc aku dah terus menangis. Tak kisah orang keliling dah. Usben peluk tenangkan aku. Masuk dalam kereta, aku dah mula meraung menangis. Plan nak dinner sume ke laut. Tak da selera langsung dah. Ye lah, kalau compare dengan 1st miscarriage aritu, kali ni memang takde tunjuk tanda apa2 nak gugur pun. Darah tak keluar, cuma brown spotting je tu pun secoit. Memang tak expect langsung! Sampai rumah, aku peluk usben, minta maaf. Mungkin sebab aku kadang2 hyperactive kat office, mungkin sebab aku curi2 minum nescafe, dan segala mungkin lagi. Aku memang salahkan aku 100% walaupun aku x tau sebab apa jadi macamni. Usben pun menangis mintak maaf kat aku. Masing2 salahkan diri sendiri.

Esoknya aku cuti 5 hari. Memang plan nak cuti panjang untuk rehatkan diri sebab early pregnancy, tapi tak sangka aku cuti dalam keadaan miserable. Usben keje. Kadang2 dia wassap suruh aku banyak bersabar, buat solat hajat and suruh aku jgn nanges. Tapi memang 2-3 ari tu aku menangis sampai bengkak mata. Kami plan nak ke Hospital lain for 2nd opinion. Google punya google, jumpe hospital kat Sri Rampai. So, plan nak ke sana next Tuesday, genap seminggu lepas last appointment kat Naluri.

15-09-2015 - Selasa. Kami ke Tunku Azizah Maternity Home. Walk in je without appointment. Jumpa dengan Doc Zana. Doc Zana ni ex-Doc kat Naluri. Cerita history pregnancy kat doc from A to Z and doc scan nak tengok sendiri kandungan aku. Masa dia scan tu, kantung aku 'well performed' katanya, cantik terbentuk. So, kata2 doc tu memang bagi aku sikit harapan. Tapi heartbeat masih tak de. Doc kata tak nak diagnose cepat sangat so dia bagi 10 hari untuk tengok perkembangan kandungan. Kalau lepas 10 hari takda perkembangan positif, barulah dia boleh bagi tau result either miscarriage lagi atau tak. 10 days of worries... :'(

Sepanjang 10 hari, aku continue makan Dhupaston, Asid Folic dan ubat Aspirin dari Tunku Azizah. Dalam 10 hari ni jugak aku buat2 normal. Jaga pemakanan dan pergerakan. Tapi, symptom pregnancy dah makin kurang. Aku abaikan je semua symptom tu, ada ke tak de, yang penting baby aku ada dalam perut. Aku selalu usap perut and cakap kat 'baby'.."Baby mommy sihat ok, don't worry, everything gonna be fine". 

25-09-2015 - Jumaat. Arini aku cuti sebab semalam rayer haji. Darah mula keluar sikit. Terus aku hilang harapan. 100% aku dah rasa tak da harapan. 

26-09-2015 - Sabtu. Genap 10 hari. Pergi checkup tapi dah tak harap apa2 sebab darah dah mula keluar. Sebelum doc scan, aku bgtau dia yang dah ada darah. Doc mengeluh and geleng kepala. Bila scan, kantung dah tak cantik macam aritu. Aku dah pasrah. Doctor suggest buat D&C sebab dah lama sangat, takut infection. Tanya kat doc, berapa cost untuk buat D&C kat sini? Doc kata dalam RM2200. OMG! Lagi mahal dari Naluri. Memula mcm nak pegi tempat lain dulu sebab ada je member buat D&C kurang dari RM1k, tapi usben macam malas nak cari lagi, ye la sebab nak repeat lagi scan, nak cerita kat doc lagi. Leceh. So dia bayar je untuk buat kat Tunku Azizah. Schedule D&C, esoknya..ari ahad pagi. Tapi D&C tu akan di buat di Dewan Bersalin Muslimah (DBM), Batu Cave sebab kat Sri Rampai ni kelengkapan belum siap sepenuhnya.

Petang tu, kami sempat pegi jalan2 kat The Curve. Dah lama tak ke sana sebab sebelum ni aku preggy, tak nak jalan sangat kononnya.

Malam tu, masa nak tido, perut aku dah mula sakit. Sakit giler!!! Lagi sakit masa aku Ectopic dulu rasanya. Setiap 5 minit dia datang. Meraung aku tahan sakit. Usben dah tak leh tahan tengok aku sakit, terus dia call DBM, tanya kalau boleh dtg masa tu. Nurse kata boleh. Kalau sakit teruk dia akan call doc terus. Masa tu dalam pkul 12.30 kot. Tapi aku memang tak boleh nak tukar baju ke ape ke. Segala gaya aku buat nak tahan sakit. Nak tukar kain pun tak boleh. Time tu plak sakit perut nak buang air besar. 2-3 kali aku masuk toilet membuang sambil tahan perut sakit. Last sekali aku muntah, berpeluh 1 badan. Aku suruh usben aku basahkan towel kecik, kuatkan kipas. Masa tu rasa macam panas giler. T-Shirt tido aku pun dah basah sebab berpeluh. Masa sakit tu aku banyak2 baca "La ilahaila Subhana inni kuntu minazzalimin". Berulang2. Aku doa jugak dalam hati, kalau dia dah nak keluar sangat, permudahkan la. Keluarkan la dia dengan mudah. Hilangkan lah sakit aku Ya Allah. Dalam 2-3 jam aku tahan sakit, sakit tu mula kurang. Setiap 5 min tetap ada tapi tak sesakit mcm sebelum tu. Aku paksa diri tido and end-up aku tido dalam keadaan tahan dan lawan sakit. Usben pun tak paksa dah nak bawak pg hospital. 

27-09-2015 - Ahad. By 7.00 am, aku dah kena smpai kat DBM, so kol 6 am aku dah mandi. Sampai kat hospital, nurse masukkan ubat kat Miss.V. Dalam kol 9am baru buat D&C, kena tunggu Doc Zana sampai. So lepas masuk ubat, aku tido sbab ngantuk sangat. Usben pun sentiasa ada. Dapat bilik sorang2, siap ada toilet so rasa selesa sangat. As scheduled, 9 a.m, buat D&C. Tak lama pun rupanya, dalam 20 minit je mcmtu. Masa D&C tu, aku memang tak sedar so aku tak rasa apa-apa. Sebelum start buat tu aku selawat and mengucap banyak2.  

Aku kena rest dulu kat katil, dalam kol 12.30 p.m dah boleh balik rumah. Dapat MC 8 hari.

Masa nak buat D&C ni, aku dah kurang sedih. Mungkin sebab aku dah bersedia dan memang dah redha. So now, I'm no longer pregnant lady..again. 2 kali aku pregnant tahun ni. 2 kali tak jadi. Aku bagitau usben, aku nak rest dulu. At least sampai next year bulan 2 atau 3, baru plan for next pregnancy. Aku penat. Badan aku penat. Emosi aku penat. Kali ni, biarlah aku betul2 rest. 

Semoga masih ada harapan untuk aku mengandung lagi dan selamat melahirkan baby 1 hari nanti. In sya Allah.

0 comments:

Post a Comment