Thursday, April 14, 2016

#Newphone from Celcom

Sebulan dah aku pakai telefon baru. Target nak pakai Iphone6s tak kesampaian sebab mahal melampau. Tapi tak pe lah, Samsung pun ok what? Aku memang #teamsamsung. Barang letrik kat umah aku pun sume Samsung. Sebelum ni pun aku pakai Samsung S3 Mini. 3 tahun jugak S3 mini tu berjasa untuk aku. Sekarang, S3 mini tu masih boleh pakai, tapi setiap manusia haruslah ada kemahuan kan, nak kan barang baru. Githew. Hehehe.

Memula, aku dah target nak beli Samsung J5 sebab dia tak besar sangat. Harga pun tak sampai seribu. Dalam 7-8 ratus macamtu. So, target nak beli bulan depannya lepas survey2 aritu. Pastu, husband pulak buat hal..dia beli tiket nak ke Ho Chi Minh pulak. Beli awal bulan 3, nak pegi ujung bulan 3. Very very short plan. Nak ke HCM haruslah bawak duit yang banyak untuk membeli belah nanti kan? Jadi, budget nak beli phone baru terus bertukar untuk shopping di HCM.

Tapi, aku ni jenis tak sabar. Kalau aku nak, nak jugak. Husband pun suggest amek new phone kat Celcom. Memula aku pegi website dia, tapi tak paham sangat. So aku terus ke Blue Cube kat Nu Sentral. Aku tak paham bab mula2 nak dapat phone tu. Takkan free2 je bagi kan? Mesti nak bayar deposit. 



Bila kat Blue Cube, aku tanya pasal #newphone ni. Dia explained, kalau pelanggan Celcom dah lebih dari 2 tahun, boleh amek free je, bayar tetiap bulan. Tapi kalau bukan pelanggan celcom dan pelanggan celcom kurang dari 2 tahun, kena bayar upfront payment untuk 2 bulan. Jadi, aku adalah pelanggan celcom lebih dari 2 tahun dah boleh amek free dan bayar bulan2 bergantung pada telefon.

So, aku pilih Samsung J7. Harga cash kalau kat Samsung ialah RM945.++. Tapi kalau dengan Celcom, kita boleh bayar selama 2 tahun. Kalau lepas setahun, kita boleh tukar telefon lain. Samsung Note ke, S7 ke. Tapi kira monthly payment dah lain la.

Macam Samsung J7 ni, kalau tak amek Device Protection, kita kena bayar RM45 je sebulan + plan kita yang sedia ada. Kalau amek Device Protection kena tambah RM10. Device Protection tu macam Insurance la. Kalau rosak ke, hilang ke, kena ragut ke, dia cover. So leh dapat phone baru lepas tu.


Without Device Protection:

Monthly New Phone Commitment + Current Plan

RM45 (New Phone) + RM38 (Plan FIRST Basic 38)
Total RM83 (exclude GST)

Tapi, aku amek with Device Protection, so kena tambah RM10. Monthly total still kurang dari RM100.

Dan dapatlah aku guna #newphone ke HCM Citeh. Hehehe. Gambar cantik, selfie cantik. Tu baru Samsung J7, kalau S7 lagi lah cun gambarnya. Aku tak nak bayar banyak, sebab tu amek J7 je. Kalau ikotkan, mampu je nak amek Samsung Note 5 ke, A8 ke. Tapi takpe, sebab lepas setahun  nanti boleh tukar phone baru. Free jugak. Hehehe.

For more info, pergilah ke Blue Cube berdekatan atau check kat SINI.

Nah, aku belanja 1 gambar selfie guna Samsung J7 ni. No filter ok. Tudung aku yang komot tak iron tu pun nampak clear. Lol.

0 comments:

Post a Comment