Monday, April 4, 2016

Solution untuk bibir kering

Firstly, aku ni bukan jenis product reviewer, tapi Super Smoothing Lip Butter ni is a must product kena ada dalam henbeg korang. Sebab aku dah pakai, sbb tu nak syorkan kat korang.

Dengan cuaca Malaysia yang sangat panas ni, bukan tekak je kering, bibir pun kering jugak uolls. Kena banyak minum air tapi bibir kering jugak sampai mengelupas berdarah. Mesti pernah jadi kan? Macam kes iolls, lepas balik dari Ho Chi Minh, Vietnam, bibir mengelupas teruk and FYI, cuaca kat HCM is hotter than Malaysia. 

At first, aku try sapu baby oil tapi hasilnya lagi mengeringkan bibir Iolls yang sexy mcam Kylie Jenner ni. Rimas okay.

Nasib baik shopping mall depan office je, so lunch hour ke Sephora la kite. 

Super Smoothing Lip Butter - SEPHORA COLLECTION (RM30)



Sebelum pakai, aku cuci2 skit bibir dari kesan lipstick, lepas tu baru aku sapu Lip Butter ni kat bibir. Masa aku pakai, bibir aku memang dah mengelupas teruk smpai berdarah. So, aku lebihkan sapu kat bahagian mengelupas tu. Bila rasa kering je, aku sapu. Sebelum tido pun aku sapu lagi sebab nak bagi bibir moustorize gitew. 

Baru 2 hari pakai - semalam beli, arini dah rasa kesannya. Bibir dah tak kering lagi, lepas tu rasa macam bibir 'sihat' sikit. Bibir aku ni jenis gelap kalau tak pakai lipstick tapi lepas pakai, aku rasa macam kurang gelap sikit. Lepastu, kesan terkopek2/ mengelupas tu dah takde uolls. Hebat tak kesan die?

Selain tu, Lip Butter ni boleh sapu dulu kat bibir sebelum uolls pakai lipstick. Kiranya 'alas lipstick' la. Bila sapu, bibir rasa selesa je dan wangi je bau butter. Tapi baunya tak la kuat sangat, but it still smells goooooood.

Dan yang paling best, size dia comel je. Senang dan ringan nak masukkan dalam henbeg. 

Kalau korang malas nak ke Sephora atau tempat korang takde Sephora, korang boleh beli online je.

Buy online here : Super Smoothing Lip Butter





p/s : Ini bukan sponsorred review tau, ini adalah review seikhlas hati sebab aku puas hati dengan Lip Butter ni.

0 comments:

Post a Comment