Monday, October 31, 2016

2nd Trimester Stories

Alhamdulillah. Sekarang dah selamat masuk stage 3rd trimester, jadi bolehlah aku cerita sikit2 pengalaman masa trimester kedua.


Malas vs Rajin
Trimester kedua bagi sesetengah orang adalah 'honeymoon stage' sebab agak relax sebab muntah2 dan mual2 dah tak ada dan badan akan rasa bertenaga. Same goes to me, masuk je bulan ke-4, aku macam ada energy skit compare than trimester pertama. Kalau 1st trimester, nak makeup bersiap pegi keje pun malas, masuk je 2nd trimester, rajin plak aku bermakeup bagai.

Masa awal masuk 2nd trimester, banyaklah aku shopping baju untuk pregnancy tapi bukan beli maternity dress pun. Aku banyak beli baju yang stretchable sebab kononnya nanti lepas bersalin, boleh pakai lagi. Mostly baju yang aku beli agak 'fit' sebab aku banyak tgk fashion minah salleh yang suka show-off baby bump. Tapi, haruslah pakai dengan cardigan labuh sebab nak cover punggung. Hehe.

Hemoglobin (HB) Rendah
HB rendah ni memang selalu jadi pada ibu mengandung. Kalau masa awal2 aku pregnant, HB aku start dari 11+, masuk next checkup HB makin menurun. Doctor (KKIA) takut aku anemia atau ada talasemia. So dia suruh aku stop minum coffee, milo atau minuman berkafein. Nak stop minum coffee tu memang susah sebab aku peminum nescafe yg tegar. Aku masih tak stop minum nescafe tapi aku kurangkan. Seminggu sekali je minum.

Setiap kali checkup, doc akan suggest ubat lain2 atau naikkan dos ubat sebab nak naikkan HB. Mula2 makan ubat Obimin, HB turun jugak. Lepastu doc suruh beli ubat **, HB masih turun. Next checkup, dia naikkan dos iron. 2x pagi & 2x petang. Barulah HB aku naik sikit. So aku request nak continue makan iron dgn dos macamtu sampai HB tahap normal. So sekarang pun aku makan iron 2 biji pagi & 2 biji petang/malam masa perut kosong. Lepas breakfast aku akan makan Asid Folic, B-Complex dan Vitamin C. Aku makan Kapsul minyak ikan & pil kalsium jugak untuk supplement tambahan. Semua ubat tu dari KKIA & TAWCH sahaja. Aku tak ada beli supplement dari luar kecuali Neurogain, itu pun sebab kapsul minyak ikan aku dah habis. Sebulan je aku makan Neurogain, lepas tu aku continue kapsul minyak ikan yg Tunku Azizah bagi. Sama je sebenarnya tapi lain brand.
As at last checkup kat KKIA, HB aku dah naik ke 10.something. Hopefully boleh sampai ke 12 sampai waktu bersalin nanti. Insya Allah.


6 Bulan ++
Bila masuk 6 bulan, aku dah mula eksited nak shopping barang baby. Kebetulan masa hujung bulan October ada sale kat Mothercare & Sogo, jadi banyak jugaklah aku berhabis untuk baju2 baby. Gender pun dah tau, so senang nak grab warna. Kadang2 rasa macam baju dah berlebih2, tapi kdg2 rasa macam tak cukup. Beratus dah habis tapi mostly beli baju je. Comel tau baju baby. Hehe. Masa baru mula2 beli, hari2 aku kira, lipat & susun sebab geram tengok comel sangat.

Ok, settle cerita 2nd trimester. Next post aku cerita preparation barang baby.
Anyway, this week ada TCE Baby Expo kat Mid Valley. Dari awal bulan lepas aku dah book husband aku awal2 nak pegi sana. Kali ni nak shopping banyak2 dan beli barang2 dalam checklist. Jumpa di sana!!

0 comments:

Post a Comment