Monday, October 31, 2016

My 4th Pregnancy Story - 1st Trimester

Pejam celik pejam celik, kandungan aku dah masuk 6 bulan setengah. Alhamdulillah. Seronok sangat kali ni sebab semuanya berjalan lancar. Dapat jugak aku merasa pengalaman mengandung macam orang lain.

1st Trimester & Checkup di Tunku Azizah Women & Children Hospital, Sri Rampai (TAWCH)
Aku dapat tau aku pregnant aritu masa bulan 6. Masa tu delay period ntah berapa hari. Selalu kalau delay sehari 2 pun aku dah buat UPT test. Eksited nau. Alhamdulillah - 2 lines. Masa tu pulak bulan puasa, jadi haruslah puasa aku banyak tinggal sebab takut kalau2 kandungan aku tak cukup nutrien dan sebagainya. 11 hari jugak aku kena ganti nanti. Takpe, yang penting kandungan sihat.

Sejak aku gugur kali ke-2 tahun lepas, aku memang buat follow up kat TAWCH. Check kenapa kerap gugur pun kat sini. Masa January 2016 aku ada buat follow up checkup, doctor amek darah & buat Pap smear. Lepas result keluar, doc bagi ubat and suruh cuba conceive lepas 3 bulan. So result keluar dalam ujung bulan 1, makan ubat 3 bulan, lepastu cuba lagi... Alhamdulillah, kandungan menjadi.

TAPI,

Disebabkan takut risiko gugur lagi, aku kene inject kat montot hampir setiap minggu. Mula2 doctor set 10 hari sekali, tapi ada brown spotting pulek, terus xsampai 10 hari kene inject. Lepas tu inject lagi dan lagi sampai kandungan masuk 9 weeks. Rasanya dalam 4 – 5 kali jugak aku kene inject. Selain tu, kena makan Dhupaston tetiap hari bagi kuatkan rahim. Aku makan dhupaston sampai hampir 11 weeks, nak abeskan stok je.

Tips: Dhupaston ni agak pricey sikit harganya. Kalau kat hospital boleh jadi RM5 sebiji. Dinasihatkan kalau hospital nak kasi ubat ni, tanya harga dia berapa dulu. Kalau 1st timer, amek je lepastu survey kat Farmasi. Farmasi paling murah ialah di Vitacare, sekotak (20 biji) dalam RM68.00. (Sebiji RM3.40).


Checkup di Klinik Kesihatan Kg. Pasir, Ulu Kelang.
Sebelum masuk 12 weeks, aku terus buat buku merah. Jalan selamat, aku checkup kat 2 tempat - swasta dan kerajaan. Cuma kat kerajaan ni leceh sikit sebab kena pegi pagi dan ramai orang, lepas tu tunggu giliran pun lambat. Selalunya kalau datang pkul 8.00 a.m, paling cepat habis pkul 10.40 - 11.00 am.

Kat Klinik Kesihatan ni dia check details sikit. Amek darah, timbang berat, check gula & etc. Kalau pegi TAMH, dia cuma timbang berat & scan. Sebab tu aku buat checkup kat 2 tempat.

Symptoms 1st Trimester
  • Muntah. Ada la sikit2 tapi tak kerap.
  • Mual2 pun sikit2.
  • Tak boleh minum milo, sure muntah balik.
  • Kerap sakit kepala. Ada sekali sampai terlepas Isya’ sebab sakit kepala punya pasal.
  • Cepat letih, asek nak tido je.
  • Memula plan nak amek unpaid leave sebab nak bedrest tapi aku gagahkan jua pegi keje. Nasib baik larat, tapi selalunya lepas balik keje terus melepek atas katil. Kadang2 termandi lewat.
Sepanjang 1st trimester, aku slalu doa agar Allah tolong aku jaga kandungan sebaiknya. Aku amalkan doa Al-Hij'r (Ayat 97,98,99) setiap kali lepas solat sampai lah pertengahan trimester ke dua. Alhamdulillah, Allah dengar doa aku. In sya Allah, aku berdoa jugak agar Allah pelihara baby dalam kandungan aku sampai dia selamat lahir ke dunia nanti. Amin.


(source : google)

0 comments:

Post a Comment