Friday, February 3, 2017

Beli barang keperluan baby & bersalin secara online

Bila dah nak masuk 7 bulan pregnant aritu, aku dah mula beli barang-barang keperluan baby. Ada yang aku beli kat kedai & ada yang secara online. Meh aku promote barang-barang yang aku beli online, kebanyakan barang aku beli dari Lazada sebab murah dan postagenye kadang2 free. Rajin2lah survey lagi2 time sale.

Barut Baby [INSTAGRAM]
Barut & bedung antara benda paling pening time nak beli. Ada yang suruh order, ada yang suruh tempah & buat sendiri. At last, aku order je, habis cerita. Seminggu jugak aku survey kat Instagram and at last aku order dari @bluebellstudio. Harga dia berpatutan dan murah, lepastu design dia comel2. Lagi 1 aku tengok owner dia ni kreatif, tengok gambar yang dia post pun comel2 je.

Aku beli 10 helai dengan harga RM56 + RM7 postage.


Muslin Receiving Blanket [INSTAGRAM]
Ini lagi satu yang buat aku pening kepala sebab ada yang kata bedung kena size besar (1m x 1m), ada yang kata boleh pakai lampin je dan mcam2 lagi. iolls konfius ok. Jadi, dengan secara online jugak, aku order dari @takinagtnama (nanti aku ingatkan). Design cantik, tapi ada 3 helai je dan sizenye 75cm x 75cm. Orang putih panggil muslin blanket, kita panggil bedung. Bila barang sampai, aku rasa mcm tak sesuai buat bedung sebab kain dia macam keras sikit. Tapi tak pe, boleh buat alas baby nanti or selimut.

Cotton Muslin Receiving Blanket Swaddle Bedding Cover [LAZADA]
Aku aim bedung ni dah lama sebab design batman, lagipun nampak anak Kathyjem pakai bedung ni macam comel jek. So aku search kat Lazada. Aku beli sehelai je, tu pun sbb nak cukupkan syarat je sebab aku berkenan sangat design batman ni. Hehehe.


3 Tier Clothes Hanging And Drying Rack [LAZADA]

Ok, yang ni antara benda kehendak, bukan keperluan. Aku rasa macam untuk baby ni, semua benda aku nak baru, even baldi pun aku beli baru sebab taknak campur dengan baldi yang sedia ada. Tempat sidai baju ni agak berguna sebenarnya lagi2 untuk orng yang duk small apartment macam aku. Ringan jek, senang nak angkat. Bila bawak balik kampong, mak aku pun berkenan. Beli kat Lazada masa sale – RM46.55

Newborn Baby Swaddling Sleep Bag [LAZADA]
Yang ni pun sebab aku tengok anak orang lain pakai. Macam comel jek, gitew. Masa order tu boleh pulak tak tengok design, main pilih jek. Nasib baik comel gambar keta-keta biru. Hehehe. Beli kat Lazada - RM16.31. Kalau beli kat luar, harga dia RM30 ke atas.

Set Bersalin Nona Roguy Postnatal Confinement Set [LAZADA]
Set bersalin ni la benda yang paling takut aku nak beli online sebab risau pasal ke’originalan dia. Kat Lazada harga memang murah tak hingat. Beza sampai serratus lebih dari harga kat luar. Kalau kat kedai, paling murah pun dalam RM320 kot. Tapi kat Lazada aku dapat harga RM202 je (masa sale). Tak ke beza bebeno tu? Sebelum beli, aku baca review orang yang dah pernah beli dulu, baru aku berani order. Bila dah dapat barang, baru rasa lega. Ok je barangnye. Sama je macam beli kat kedai. Cuma, aku dapat harga murah sangat. Hehehehe.

Bengkung Express [FACEBOOK]
Aku order bengkung berzip dari facebook (Jannah Baby Shoppe). Main search jek. RM65 including postage. Oklah tu kan. Mak aku pelik, kenapa ada zip? Aku jawab jek bengkung modern memang ada zip, xyah ikat banyak kali. Hahaha.

UltraSlim Corset Body Shaping Waist Girdle Tummy Control Slimming Belt [LAZADA]
Aku tak pasti girdle ni keperluan ke tak, tapi member aku kata boleh pakai time tido. So, aku beli je la 1, RM19.90 je pun kat Lazada. Harap2 cutting badan boleh cantic macam Kilafairy lepas beranak nanti. Hehehe.

Nursing Cover [LAZADA]
Yang ni aku rasa dah jadi keperluan untuk mak-mak zaman modern ni sebab boleh guna breastfeed baby kat luar.

Haakaa Manual Breast pump with Lid
Yang ni, kat Lazada memang murah, boleh dapat dalam RM60+ je tapi aku agak ragu2 dengan ke’originalannye sebab ada review kata ‘tak original’. So aku decide beli kat tempat lain. Biar mahal asalkan original. Aku beli dari @itsybitsybabymalaysia. Tu pun sebab aku tengok Hanis Zalikha beli kat situ, so berani lah aku order. Apa-apa barang Hanis Zalikha beli, dan yang aku mampu, semua aku tiru. Haha. Yelah, 1st timer babe, mana lah kita yang mana elok untuk anak kita. Yer tak?

0 comments:

Post a Comment