Thursday, February 2, 2017

Counting Days

Alhamdulillah, pejam celik dah masuk 38 minggu kandungan aku. 38 minggu weh! Means tinggal lagi 2 minggu sebelum EDD. EDD aku 15 Feb 17. Bila dah masuk tahun 2017 ni, aku sambung checkup kat Tunku Azizah je, tak pergi lagi kat Klinik Kesihatan lagi dah sebab aku dan suami dah decide nak bersalin kat sini, InsyaAllah. Bila sambung checkup kat Tunku Azizah ni, aku tak payah nak amek cuti sbb checkup boleh buat malam, weekdays. Dah nak masuk 9 bulan aritu, checkup dah start tetiap minggu.

2-3 checkup yang lepas, Doctor ada cakap yang dia taknak tunggu aku sampai duedate 15hb Feb tu sebab aku ni kira kandungan berisiko. Reasonnya sebab aku pernah Ectopic Pregnancy & 2 kali gugur.

Baca pasal pregnancy history aku kat sini :


Jadi, nak tak nak aku akan di'Induce kan untuk suruh baby keluar awal. Itu apa yang Doc cakap lah. Memula aritu dia kata mesti keluar by 6hb Feb, lepastu Doc cakap plak tggu next checkup, nak check kat bawah & CTG, kalau 'lembut'...dah boleh Induce, kalau tak kena tunggu seminggu lagi, means last by 12hb Feb. Naluri ibu aku ni mengatakan baby aku ni akan keluar sendiri tanpa di induce cuma tak tau bila. Gigih juga aku ber'execise' kat shopping mall masa cuti CNY. Pergi tawaf The Curve & Ikano, pastu pergi pulak Pavillion & Lot 10. Harap2 malamnya dah rasa contraction tapi takde jugek. Takpe, takpe... Mommy & Daddy sabar menanti (walaupun sebenarnya tak sabar...heheheheee).

Apa pun, hari2 aku berdoa biar Allah permudahkan proses nak bersalin ni nanti. Hari-hari jugak aku pujuk baby biar keluar cepat sikit sebab Mommy dah tak sabar nak peluk cium dia. Kelengkapan semua dah siap, tunggu baby nak keluar je ni.

Semoga Allah permudahkan proses aku bersalin nanti. Insya Allah.



0 comments:

Post a Comment